Loading...
Home / :: BLOG :: / Dedak’ Khayalan Dalam Bajet 2018 Pakatan Harapan 

Dedak’ Khayalan Dalam Bajet 2018 Pakatan Harapan 

1. Bajet Alternatif yang dikeluarkan Pakatan Harapan hari ini boleh dirumuskan kepada 3 perkataan – tidak bertanggungjawab, tidak realistik dan tidak mampan.

2. Mereka berjanji bahawa mereka akan berbelanja secara berhemah, memotong cukai dan mahu rakyat memilih harapan.

3. Mereka tidak akan memberitahu rakyat Malaysia bahawa perbelanjaan mengurus kerajaan negeri Pulau Pinang meningkat berkali-kali ganda daripada RM252.3 juta (2007) kepada RM825.9 juta (2016) dan Selangor daripada RM1.15 billion (2008) kepada RM2.34 billion (2016).

4. Sekiranya mereka telah berbelanja secara berhemah, sepatutnya perbelanjaan mengurus mereka menurun bukannya meningkat.

Loading...

5. Kemudian mereka menjanjikan pemotongan cukai seperti memansuhkan GST dan mengurangkan kadar duti eksais ke atas kenderaan.

6. Di samping itu mereka juga menjanjikan pemansuhan lebuhraya bertol, pendidikan percuma dan menjimatkan RM20 billion dengan membanteras rasuah.

7. Seperti belanjawan alternatif tahun tahun sebelum ini, tidak ada rancangan bagaimana mereka mahu menampung kos membeli konsesi konsesi tol, tiada rancangan yang jelas bagaimana mereka akan membayar RM40 billion pinjaman PTPTN daripada institusi-institusi kewangan atau bagaimana mereka mahu menjimatkan RM20 billion setiap tahun dengan membanteras rasuah.

8. Ini belum mengambil kira fakta bahawa menghapuskan tol, menyediakan pendidikan percuma dan meningkatkan gaji minima akan menelan belanja beratus billion Ringgit untuk jangka masa panjang.

9. Janji-janji ini bukan sahaja tidak akan mencipta pekerjaan, meningkatkan pendapatan atau mengurangkan kos sara hidup sebaliknya janji janji ini akan menyebabkan perniagaan berhenti mengambil pekerja, pekerja akan kehilangan pekerjaan, agensi penarafan akan menurunkan penarafan kredit bon kerajaan yang akan menyebabkan kos pinjaman kerajaan meningkat dan banyak kesan besar negatif yang akan melibatkan rakyat secara terus.

10. Di Pulau Pinang contohnya, konsep C.A.T yang kononnya diamalkan kerajaan negeri tidak menghalang Ketua Menteri mereka daripada menyalahgunakuasa untuk kepentingan peribadinya.

11. Tahun demi tahun, pembangkang memperdayakan rakyat menunjukkan mereka hanya pandai berjanji.

12. Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa dan agensi-agensi penarafan semuanya mengakui usaha kerajaan melaksanakan dasar-dasar fiskal yang mampan seperti melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan dan merasionalisasi subsidi adalah usaha ke arah yang betul. Sementara itu pembangkang mahu melaksanakan dasar-dasar berlawanan dengan apa yang sudah dilaksanakan kerajaan.

13. Rakyat Malaysia patut sedar bahawa Bajet yang akan memberi kesan positif kepada mereka adalah Bajet yang akan dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Abdul Razak Jumaat ini di Dewan Rakyat.

14. Kita tidak patut memperjudikan masa depan kita dengan bergantung kepada janji-janji pembangkang yang tidak masuk akal. Kerajaan ini adalah kerajaan yang bertanggungjawab yang bukan sahaja memikirkan untuk jangka masa pendek, tetapi juga jangka masa panjang. Satu perkara yang boleh kita harap daripada pembangkang adalah, mereka kemungkinan besar akan keluar dari Dewan Rakyat semasa bajet sedang dibentangkan seperti mana mereka lakukan tahun lepas.

KENYATAAN MEDIA

Oleh Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

25 Oktober 2017

(Visited 16 times, 1 visits today)

Artikel berkaitan

Terkini

Anak Mat Sabu sah positif dadah, polis tunggu arahan AG 

Dari Facebook Najib Razak

35 comments

  1. CyTro Hulu Selangor

    Dedak’ Khayalan Dalam Bajet 2018 Pakatan Harapan (https://t.co/ym3yN6TUhu)

    Bajet Alternatif yang… https://t.co/krtUzDfKB9

  2. CyTro Hulu Selangor

    Dedak’ Khayalan Dalam Bajet 2018 Pakatan Harapan (https://t.co/ym3yN6TUhu)

    Bajet Alternatif yang… https://t.co/HhAyCZW7rn

  3. CyTro Hulu Selangor

    Dedak’ Khayalan Dalam Bajet 2018 Pakatan Harapan (https://t.co/ym3yN6TUhu)

    Bajet Alternatif yang… https://t.co/zXLDWOep95

  4. MNA

    Dedak’ Khayalan Dalam Bajet 2018 Pakatan Harapan (https://t.co/VrqFTEpCl3)

    Bajet Alternatif yang… https://t.co/vtXr4PsVwm

  5. Anti-DAP Club

    Dedak’ Khayalan Dalam Bajet 2018 Pakatan Harapan (https://t.co/abwbUBmuVG)

    Bajet Alternatif yang… https://t.co/2R60vTFkqW

  6. Abd Razak Ismail

    Sedar lah bahawa kamu adalah pendusta bangang

  7. Sheikh Ahmad

    hnya janji sja la. sdgkn hgway tol yg mncipta nya jg dlm hrpan. nk gaji mnimum 500 sbln ke, sdgkn gaji mnimum skrg dah dkata kn trlalu tinggi , tu yg pnh dkata kn cnunnn

  8. Jamaludin Ali

    Klau ikut depa punya bajet semua duit, tanah, projet habis kena kebas akhirnya tak tahu, mana ada, tatak2

  9. Mohd Zakri HJ Ahmad

    Tahniah pemerintah Kjaan Msia…Undilah…pembangkang hanya tahu berjanji..tp tdk tahu melaksanakanya….dan pemimpin meereka semuanya auta..rakyat dah kenal siapa mereka…kih3..

  10. Ali Setang

    Bagi roti kat penyokong lembah pantai tu ada dlm budjet PH jugak ker

  11. Harun Abu Bakar

    Elak ketirisan dan kawal joli anak beranak

  12. Anya Juka

    Janji manis hanya dibibir sahaja. Reality nya susah di tunaikan. Janji memang senang tapi menepati janji sukar sekali.

  13. اكروم زاكى

    Lawak betoi laaaa.. Pembangkang pun ada hati nak buat bajet juga. Buang masa jer

  14. Hussain Bakar

    Bajet bojeng pembangkang nie nak buat apanya.Bukan boleh buat amende pun cuma cakap janji janjut sahajanya.Ceeettt..

  15. SY Syedo

    Nombor ramalan..entah betul ke x..jgn coba2…merenung nasib….mkn LA APA yg ada…

  16. Mimi Rusmiyati

    Rumah mampu milik #pakatoon? Pembangunan utk Sabah & Sarawak? Hahahaha ???

  17. Yop Kidai

    Lawak bodo, nk hapus rasuah konon, lge, pie bedal kena tangkap rasuah pun meroyan, lg sembang mau hapus rasuah

  18. Ak Salad

    Bajet kartun….mcm2 dedak dijnjikn oleh pembangkang menanti rapuh..

  19. Mohamed Zuhri Amir

    Ini namanya bajet syok sendiri gst nk d hapuskn rasenya semakin naik peratusanya, pendidikn percuma ada 2 negeri pembangkang dh laksanakn, gaji minima kerajaan dh selaraskn, rmh mampu milik dgn harga 300k,hapus rasuah… Fhm² sdh lh smue ketua parti pembangkang tgh d siasat pasal rasuah, felda mmg tergadai jika ph memerintah, tol ada ke yg percuma perjanjian konsesi zaman sape?royalti minyak zaman dia pn bgi wang ehsan je, sabah dn sarawak 22thn takda apa yg nk d banggang kn…. ??? bajet taikkk!!

  20. Lim Chit Sial

    Pedulikan je Atok Gila Kuasa dan Mangkuk2 ayun pembangkang. Kita teruskan je.

  21. Lim Chit Sial

    Pedulikan je Atok Gila Kuasa dan Mangkuk2 ayun pembangkang. Barisan Nasional Parti Rakyat.

  22. Lim Chit Sial

    Pedulikan je Atok Gila Kuasa dan Mangkuk2 ayun pembangkang. Barisan Nasional Parti Rakyat.

  23. Basir Ismail

    Bajet atau sekadar gula -gula utk mengaburi mata rakyat. Tak logik pada akal fikiran sebab PH mendakwa Negara dah bankrap dan aset – aset Negara dah dijual dan digadaikan pd Negara luar. Jadi dari mana PH memperolehi dan mendapatkan sumber kewangan utk merealisasikan Bajet tersebut atau sememangnya betulah dakwaan selama ini ada parti dlm PH yg dibiayai oleh organisasi luar.

  24. SY Syedo

    Deeper.dn atokk…lui bnykot.deeper tebueh..Balik..hehiho.

  25. SY Syedo

    Deeper.dn atokk…lui bnykot.deeper tebueh..Balik..hehiho.

  26. SY Syedo

    Deeper.dn atokk…lui bnykot.deeper tebueh..Balik..hehiho.

  27. Zainal Zaaldin

    bajet nak bulan x sampai sampai parti hampa

  28. Zainal Zaaldin

    bajet nak bulan x sampai sampai parti hampa

  29. Mohamad Noor Ishak

    Tengok le selangor contoh terbaik,kejap lagi pulau pinang,nak bukti suruh mereka perintah dulu.

  30. Wanmohamadzaini Wanhassan

    Byk dedak yg ampu kerajaan ….kebodohan tu simpan ckit smpai tua …..jgn nk maki je sedangkan kehidupan kau hasil kerja org terdahulu ……ingat kau akn warisi kebangkrapan kepada ank cucu kau nti ……

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading...