Generasi Muda Pelapis Negara, Perlu Bijak Tapis Pengaruh Negatif Yang Merugikan Diri – Norshida Ibrahim - pakdin.my

Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norshida Ibrahim berpandangan, agenda pembangunan sumber manusia pendidikan bermula dari sekolah hingga ke peringkat universiti semakin penting kerana negara melalui arus perubahan besar dalam melahirkan insan berkualiti dari segi ilmu, nilai dan keupayaan memimpin.

Jelas beliau berasaskan agenda ini, kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi perlu merencanakan pendekatan secara kolaboratif untuk melaksanakan pembangunan modal insan dan pengurusan bakat demi kelangsungan pemantapan penyampaian kerja berprestasi tinggi.

“Pengurusan jati diri dan bakat para pelajar di Malaysia adalah satu bidang khusus dalam menguruskan pekerja iaitu aset terpenting di dalam organisasi. Golongan pelajar hari ini perlu mempunyai jati diri yang kukuh untuk menghadapi peredaran zaman yang semakin mencabar.

“Dalam dunia yang semakin canggih dan dipenuhi dengan pelbagai ilmu teknologi, kekuatan diri amat dituntut khususnya dari golongan pelajar bagi menepis pengaruh luar yang mampu menyesatkan pemikiran golongan terbabit

“Para pelajar terutamanya yang masih menuntut seharusnya memberikan tumpuan penuh terhadap pelajaran semasa sistem sistem pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dilaksanakan ketika negara sedang bertungkus lumus melawan pandemik COVID-19 bukannya melibatkan diri dengan kegiatan yang tidak berfaedah yang hanya merugikan diri sendiri, keluarga dan juga negara,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Tambah Norshida yang juga Ketua Wanita UMNO Segamat, walaupun kes-kes yang melibatkan masalah sosial dalam kalangan pelajar khususnya di negeri di Johor berada di tahap terkawal tetapi sebagai anggota masyarakat, semua pihak harus prihatin agar golongan pelajar tidak terlibat dengan permasalahan yang serius.

Katanya ini kerana generasi semasa adalah harapan serta pelapis kepada kepimpinan yang sedia ada oleh itu para pelajar harus bersiap sedia untuk menghadapi cabaran yang hebat jika dibandingkan dengan zaman dahulu.

“Saya berharap semua pejajar di Malaysia tanpa mengira jarak umur mahu pun bangsa serta agama perlu membentuk diri sebagai individu yang bersikap proaktif dan sentiasa berusaha gigih untuk menjadi insan yang cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah diri.

“Saya yakin para pelajar boleh melakukan sesuatu yang terbaik untuk masyarakat serta negara. Akhir sekali, usaha untuk melahirkan individu berprestasi antarabangsa, nilai budaya Malaysia harus menjadi asas pegangan.

“Konsep negara bangsa yang ingin dibentuk mencerminkan rakyat berbilang kaum dan agama berkongsi identiti, lambang, kebudayaan, nilai serta semangat yang menjadi ciri dan hasrat negara bangsa,” ujar beliau. – UMNO Online

UTAMABERITAGenerasi Muda Pelapis Negara, Perlu Bijak Tapis Pengaruh Negatif Yang Merugikan Diri...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium