[Video] Guan Eng dakwa PM dan menteri-menteri pengkhinat juga minta tender rundingan terus - pakdin.my

YB Menteri Kewangan sebut Kementerian Kewangan zaman PH luluskan 101 projek secara langsung (direct award) bernilai RM6.6 bilion dalam tempoh 22 bulan. Ataupun RM 65.3 juta secara purata setiap projek.

Kerajaan PH mengamalkan tender terbuka, tetapi pengecualian diberikan tertakluk kepada syarat tertentu seperti perolehan masa krisis atau bencana alam, perolehan yang berkepentingan nasional dan melibatkan keselamatan negara, kepakaran khusus yang diperlukan dan sebagainya. Tambahan pula, ia melibatkan keputusan Kabinet. Semua prosedur dipatuhi.

Menteri Kewangan dicabar dedahkan senarai penuh tender secara langsung (direct award) oleh PH, PN dan BN. Jangan sembunyi dan sorok-sorok. Kita tengok nanti siapa yang kantoi. Tengok kroni-kroni siapa yang dapat projek.

Atau takut kalau terbongkar nanti bahawa YAB Perdana Menteri dan Menteri-menteri “Pengkhianat” pun ada minta tender “direct award” daripada saya semasa menjadi Menteri Kewangan. Jangan suka baling batu sembunyi tangan. Berani kerana benar.

—–

财政部长提及希盟政府时期的财政部在执政22个月期间,通过直接谈判方式颁布101项总值66亿1000万令吉工程合约。又或是平均每项工程6530万令吉。

公开招标是希盟政府的施政方针,但在特定条件下可获豁免,例如在危机或自然灾害时期的采购、涉及国家利益和国家安全的采购、特定的专业及其他。此外,它也涉及内阁决定。所有的程序均获得遵守。

我挑战财政部公开有关希盟、国盟、和国阵时期以直接谈判方式获得工程合约的名单。不需要遮遮掩掩的。我们看看究竟是谁被抓包,又是谁的朋党获得工程合约。

或者是,他们担心首相和“叛徒”部长也曾在我担任财政部长时,向我要求“直接谈判”颁布合约。不要敢做不敢当。我相信,真理无惧!

Sumber: Facebook Guan Eng

Rujukan:
[Video] Guan Eng luluskan 101 projek ‘direct nego’ sepanjang 22 bulan pegang kuasa

UTAMAMANDARIN Guan Eng dakwa PM dan menteri-menteri pengkhinat juga minta tender rundingan...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium