24.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 2, 2020

Irwan Siregar – Tiada Wang Bayaran Balik GST Yang Hilang

Tidak berlaku kehilangan wang daripada Tabung Amanah Bayaran balik cukai barang dan perkhidmatan (GST) kerana kesemua kutipan perlu dimasukkan dahulu ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Persekutuan.

Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Siregar Abdullah berkata, daripada segi prosedur, keperluan dana untuk dimasukkan tabung bayaran balik GST hanya dibuat selepas Mesyuarat Pengurusan Aliran Tunai Kerajaan Persekutuan yang diadakan setiap bulan.

Katanya, berdasarkan keperluan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, hasil audit terhadap tuntutan bayaran balik dan kedudukan hasil kerajaan, mesyuarat akan membuat keputusan untuk jumlah bayaran balik yang dimasukkan dalam tabung amanah berkenaan.

“Setiap sen dikira, ia adalah duit rakyat, lebih penting ia berada dalam Kumpulan Wang Disatukan, kemudian bila diperlukan, ia akan dikeluarkan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mengeluarkan kenyataan bagi menafikan pendedahan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng semalam mengenai berlaku kekurangan RM18 bilion dalam Tabung Amanah Bayaran Balik GST dan mendakwa pentadbiran terdahulu menyalahgunakan wang tersebut.

Kelmarin, Guan Eng juga telah mendakwa bayaran balik GST tertangguh sehingga dua tahun kerana pentadbiran terdahulu telah ‘merompaknya’.

……….
https://pakdin.my/tag/gst

https://pakdin.my/lim-guan-eng

https://pakdin.my/menteri-kewangan-malaysia-bengap-bongok-bengong-bodoh-dan-yang-sewaktu-dengannya/

https://pakdin.my/video-dakwaan-bn-rompak-wang-gst-khairy-buat-laporan-polis/

Berita Berkaitan

Anwar janji lepas jawatan jika gagal tumbangkan PN, kata Pemuda PAN Bukit Bintang

Ketua Pemuda PAN Bukit Bintang, Sheikh Khuzaifah Bawazeer mendakwa Anwar Ibrahim berjanji akan melepaskan...

PETRONAS rugi RM3.4 bilion suku ketiga 2020

Kerana dijarah dan di perah semenjak rejim PH sehingga era Tok Abah Kau, Petronas...

Ekonomi – Mahathir Vs Najib

Aku tengah tengok temuramah Sinar Harian terhadap DS Najib. Satu soalan yang ditanya adalah apakah...

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Komen

  1. Tak setuju -“Irwan Siregar – Tiada Wang Bayaran Balik GST Yang Hilang” Pasal wang itu dah habis dibelanjakan oleh PH, tiga bulan tak kutip GST tapi belanja macam dapat GST tambah pulak subsidi minyak. #Tepuk Malaysia Baru..??

  2. APA YG KITA BOLEH PELAJARI DARI ROMPAKAN BANK INI ?

    Dalam satu rompakan di Zimbabwe, perompak menjerit.

    “Jangan bergerak, duit di sini semuanya kepunyaan kerajaan.Nyawa kamu adalah kepunyaan kamu”

    Semua orang meniarap dengan ketenangan.

    [Ini dipanggil “Mind Changing Concept” . Mengubah cara pemikiran yg konventional. ]

    Tiba-tiba ada seorang perempuan yg mula menangis dan ketakutan, seorang perompak menjerit kepadanya : “Bawa bertenang, ini adalah rompakan bukannya percubaan untuk merogol!”

    [Ini di panggil “Being Professional” Hanya fokus perkara yg kita pakar dan terlatih.]

    Apabila semua perompak balik ke rumah, seorang perompak yg lebih muda(Degree) memberitahu kepada yg perompak yg lebih tua (yg hanya belajar sehingga darjah 6):Abang besar, ayuh kita kira berapa banyak kita dapat harini.”

    Perompak senior itu menolak dan berkata: “Kau memang bodoh. Terlalu banyak duit yg kita rompak, nanti mengambil masa yg lama untuk mengira. Malam ini saluran berita akan beritahu berapa sebenarnya kita dah rompak dari bank itu!’

    [Ini di panggil “Experience.” Zaman sekarang pengalaman adalah lebih penting dari sekeping kertas!]

    Sementara itu di bank, selepas perompak meninggalkan bank, pengurus bank memberitahu bank supervisor agar report polis dengan segera. Tapi supervisor memberitahu kepada pengurus bank : “Nanti! Apa kata kita ambil $10 juta dari bank untuk diri sendiri dan tambahkan lagi $70 juta yg kita songlap sebelum ini dari bank”.

    [Ini di panggil “Swim with the tide.” Menukar masalah yg dihadapi kepada kelebihan diri!]

    Supervisor itu menambah: Kan bagus kalau ada rompakan setiap bulan.”

    [Ini di panggil “Killing Boredom.” Kegembiraan diri sendiri adalah lebih penting dari kerja.]

    Keesokan harinya, berita tv melaporkan bahawa $100 juta duit dari bank telah di rompak. Perompak bank mengira berkali-kali sehingga berdarah hidung untuk memastikan jumlahnya tepat, tapi mereka hanya dapat sejumlah $20 juta bukannya #100 juta.

    Perompak-pereompak berasa sangat marah dan berkata : “Kita menanggung risiko kehilangan nyawa hanya mampu mengambil $20 juta. Pengurus bank senang-senang boleh buat duit dengan mengambil $80juta. Nampaknya lebih baik jadi orang terpelajar dari perompak!”

    [Ini dipanggil “Knowledge is worth as much as gold!”]

    Pengurus bank tersenyum gembira kerana kehilangan ‘share market’ mereka di tutupi dengan kes rompakan.

    [Ini dipanggil “Seizing the opportunity.” Berani mengambil risiko!]

    Jadi siapa perompak yg sebenarnya ?

    Hutang negara 686 bilion
    Umum kat awam 1trilion

    Cerita lama, tapi masih menarik untuk dikongsi

  3. APA YG KITA BOLEH PELAJARI DARI ROMPAKAN BANK INI ?

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...