26.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 1, 2020

Kabinet Bayangan BN-Pas Pasca PRU15? Menjadi tular – Tok Mat PM, Zahid dan Khairy tersingkir

Infografik Kabinet bayangan gabungan pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Pas Pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mula tular di media sosial dan aplikasi Whatsapp sejak Sabtu.

Malah, ia turut mengundang cakap-cakap politik dalam kalangan netizen meskipun kesahihannya boleh diragui.

Daripada infografik berkenaan, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menjadi Perdana Menteri manakala, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Penasihat Kerajaan serta dijangka dianugerahkan ‘Tun’ pada waktu itu.

Selain itu, 26 pemimpin BN dan Pas turut dilantik sebagai anggota Kabinet yang rata-ratanya terdiri daripada muka-muka lama.

Antara muka lama dalam politik yang memegang jawatan menteri kanan, ialah bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani (Menteri Kewangan), bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri (Menteri Dalam Negeri), dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan (Menteri Pertahanan).

Turut berada dalam Kabinet, ialah Datuk Seri Ahmad Maslan (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan ndustri), Datuk Seri Wee Ka Siong (Menteri Pengangkutan), Tun Faisal Ismail (Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia), Datuk Lokman Noor Adam (Menteri Luar Negeri) dan Nik Abduh Nik Abdul Aziz (Menteri Pertanian).

Pada Sabtu, Muktamar Tahunan Pas kali ke-65 meluluskan usul supaya pimpinan Pas Pusat dan Majlis Syura Ulama memeterai perjanjian politik dengan UMNO.

Kali terakhir Pas mengadakan perjanjian politik ialah bersama DAP pada 2008 sebelum ia ditamatkan setelah didakwa berlaku pelanggaran syarat pada Julai 2015.

Berita Berkaitan

Anwar janji lepas jawatan jika gagal tumbangkan PN, kata Pemuda PAN Bukit Bintang

Ketua Pemuda PAN Bukit Bintang, Sheikh Khuzaifah Bawazeer mendakwa Anwar Ibrahim berjanji akan melepaskan...

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

Komen

  1. Aku x kesah sgt dgn kabinet yg direka entah olh siapa ttp pendapat aku, aku harus bagi peluang semula kpd najib utk membaiki semula ekonomi yg dirosakkan olh ph sbb najib terbukti berilmu, berkepakaran dan berpengalaman. Dia jatuh bukan kerana prestasinya yg x baik ttp kerana konspirasi dan fitnah olh makhluk2 yg hanya pentingkan kantung perut sendiri.

  2. Janganlah di buat kabinet bayangan kerana tugas utama adalah menang p.raya dulu.kabinet bayangan ni akan menimbulkan ketegangan pd pengikut org2 tertentu. Yg penting bukan jawatan tapi perjuangan untuk memertabatkan b .Melayu dan ugama Islam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...