Chow minta kempen ‘Beli Produk Muslim Dahulu’ di Pulau Pinang dihentikan - pakdin.my

Teruskan #BuyMuslimFirst. Kita bukan boikot tetapi memberi keutamaan kepada produk muslim dan meningkatkan ekonomi Ummah. Jangan terpengaruh dengan propaganda mereka mengatakan ianya tidak baik untuk sistem ekonomi.

GEORGE TOWN – Kerajaan negeri Pulau Pinang beranggapan kempen “Beli Produk Muslim Dahulu” yang yang dilancarkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan di negeri itu Ahad lepas sebagai tidak produktif dan meminta agar kempen itu dihentikan.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata kerajaan negeri tidak bercadang untuk campur tangan dalam kempen itu yang dianggap tidak baik untuk sistem ekonomi pelbagai bangsa dan kerharmonian masyarakat.

Beliau berkata kempen itu akan menjadi usaha yang sia-sia dan tidak produktif kepada ekonomi dan harus dibatalkan.

“Saya dimaklumkan bahawa kempen itu dibatalkan … tetapi jika ia masih aktif maka ia harus ditamatkan kerana ia tidak baik untuk ekonomi. Jika anda bercakap tentang mempromosikan produk bumiputera, tiada siapa yang akan membantahnya tetapi apabila anda bercakap mengenai pemulauan produk bukan Islam maka ia akan membuahkan hasil yang sebaliknya, “katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan In.Tech di sini.

“Biarkan mereka (penganjur kempen) memberi alasan mengapa ia perlu diteruskan. Kita merasakan bahawa ia tidak perlu kerana seperti yang kita katakan kempen itu tidak baik bagi ekonomi dan keharmonian masyarakat…penganjur kempen harus bertanya kepada diri sendiri mengapa mereka perlu meneruskan kempen sedemikian, “katanya.

Ahad lalu Gerakan Pembela Ummah (Ummah) telah memulakan kempen Beli Produk Muslim Dahulu di Pulau Pinang dengan matlamat untuk menaikkan kuasa beli umat Islam di Pulau Pinang dan pada masa yang sama , membantu komuniti perniagaan Islam di negeri ini.

Timbalan Pengerusi Kebangsaan Ummah Mohd Zai Mustafa berkata Pulau Pinang dipilih kerana negeri ini mempunyai ekosistem perniagaan yang baik dan merupakan salah sebuah bandar terbesar di wilayah utara.
— BERNAMA

https://pakdin.my/tag/produk-muslim

UTAMABERITAChow minta kempen 'Beli Produk Muslim Dahulu' di Pulau Pinang dihentikan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium