Kenyataan rasmi Singapura memalukan Kerajaan Malaysia – Zahid Hamidi

Kongsi:

#UneducatedMinister #KERAjaanPenipu

KENYATAAN MEDIA

1. Penafian pihak berkuasa Singapura terhadap kenyataan Menteri Ekonomi, DS Azmin Ali mengenai pertemuannya dengan wakil republik itu atas urusan HSR, mengejutkan pembangkang.

2. Kenyataan rasmi Singapura itu memalukan Kerajaan Malaysia kerana disifatkan sebagai ‘pembohong besar’ dan mereka–reka cerita bagi menyedapkan hati rakyat.

3. Jika benar, kami tidak faham maksud sebenar perkara itu dibohongi, sama ada untuk membuktikan kepada rakyat bahawa HSR masih ada dalam jadual pembangunan atau sekadar menunjukkan betapa Kerajaan PH benar-benar membuat kerjanya.

4. Mengapa rakyat tidak dimaklumkan mengenai kedudukan sebenar rundingan dengan republik itu? Perlukah mereka dibohongi bagi menutup kelemahan kita?

5. Selepas kerajaan mencipta penipuan paling besar mengenai kedudukan hutang negara, kini kita disuakan pula dengan pelbagai tipu muslihat oleh kerajaan.

6. Belum pun tiga bulan memerintah, kerajaan sudah banyak melakukan ‘silap mata’ terhadap dasar dan janji manifestonya untuk PRU ke-14.

7. Ini termasuklah ‘u-turn’ terhadap janji untuk menghapuskan Akta MKN dan menutup Biro Tata Negara (BTN) yang selama ini dianggap digunakan oleh Barisan Nasional bagi kepentingan politik.

8. Malah, hasrat untuk mengkaji dan menyusun semula BTN dan Akta MKN (NSC Act) mendapat tentangan dalam kalangan Ahli Parlimen PH sendiri, terutama DAP.

9. Keputusan terhadap UEC juga menghampakan ramai walaupun Umno, dalam kapasitinya membantah sistem ala-Taiwan itu. Ingin dipersoalkan kenapa kerajaan mahukan tempoh lima tahun untuk memutuskannya.

10. Adakah ia akan dilepaskan kepada kerajaan baru selepas PRU15 sebagai ‘outlet’ kepada PH atau ia sengaja dilengah-lengahkan selepas meningkatnya tekanan agar ia tidak diterima, lantas ‘menyejukkan’ sedikit penyokong UEC?

11. Dalam pada menuduh BN ingin menjual negara kepada China, PH pula ingin menyambung semula pujukannya agar China, malahan Jepun, meningkatkan pelaburannya di Malaysia.

12. Begitu juga dengan BR1M yang diubah kepada Bantuan Sara Hidup (BSH). Sambil mendakwa kononnya kewangan negara dalam keadaan tenat sehingga ia terpaksa mengemis bantuan daripada sumbangan rakyat, sebanyak RM1.6 bilion sanggup dikeluarkan menjelang Aidiladha kepada penerima.

13. Begitu juga dengan Klinik 1Malaysia yang kini ditutup operasinya sehingga ia dijenamakan semula. Ini menjejaskan jutaan rakyat berpendapatan rendah untuk menikmati faedah perubatan murah yang disediakan kerajaan terdahulu.

14. Hentikanlah ‘kerajaan berkecamuk’ ini dan tumpukan perhatian kepada usaha menyediakan pakej rangsangan ekonomi serta peningkatan taraf hidup rakyat.

15. Usahlah banyak memutar-belit dan mengada-adakan ‘fakta tidak benar’ untuk menutupi kelemahan dan kesalahan. Ini negara kira bersama dan masa depannya adalah tanggungjawab kita bersama.

Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Presiden UMNO
Kuala Lumpur
7 Ogos 2018

……….
Rujukan:
http://pakdin.my/hsr-singapura-nafi-pegawai-kanan-rasmi-berjumpa-azmin-ali-edisi-kantoi/

Kongsi:

Terkini

Sering dibaca

Dari FB Najib Razak

206 Replies to “Kenyataan rasmi Singapura memalukan Kerajaan Malaysia – Zahid Hamidi

  1. Bab curi duit tipu dan berbohong dengan rakyat sendiri…Tak malu lah pula…….

    Sampai orang luar gelar kita kerajaan …kleptokrasi tahap global…..tak malu kah tu ..kalau gitu boss baru umnobn …yang lawakkkkkkkk tak habis2…..

  2. Bab curi duit tipu dan berbohong dengan rakyat sendiri…Tak malu lah pula…….

    Sampai orang luar gelar kita kerajaan …kleptokrasi tahap global…..tak malu kah tu ..kalau gitu boss baru umnobn …yang lawakkkkkkkk tak habis2…..

  3. Bab curi duit tipu dan berbohong dengan rakyat sendiri…Tak malu lah pula…….

    Sampai orang luar gelar kita kerajaan …kleptokrasi tahap global…..tak malu kah tu ..kalau gitu boss baru umnobn …yang lawakkkkkkkk tak habis2…..

  4. mula2 reka cita psl hutang ngra ..pstu ckp mlysia nk bngkrap..pstu pstu buat tabung minx drma kt rkyt konon dpt kurngkn hutng..pstu lg tup2 nk wat kjutan konon rkyt beronok2 sn atok nk wat litat f1..pstu wt fitnah lg.. pstu kondem??drama ni paling kelako.. rkyt mana yg msh ttpu tu bgus sngt…truskn mbodoh.xyh simpan bg ank cucu lg ye…

  5. Babi2 anjing2 UMNopuki baca .. Kiki3 CELAKA HARAM JADAH binatang UMNO

    SELAMAT PULANG KE TANAH AIR!

    Nilai: RM1,000,000,000 (RM1 Bilion)
    Pemilik: Low Taek Jho (Jho Low)
    Top speed: 19 knots (36km/jam)
    Panjang: 91.50m (300.2 kaki)
    Berat: 3,000 tan
    Reka bentuk dalaman: Oleh Andrew Winch
    Kedudukan: Ke-54 terbesar di dunia
    Bilangan anak kapal: 28
    Bilangan tetamu: 26
    Kemudahan: Jakuzi, sauna, landasan helikopter, kolam renang, bilik kecantikan, ruang spa, gim, pawagam, lif, penghawa dingin, bilik mandi bergaya Turki, tab panas dll

    Admin cadangkan kepada kerajaan Persekutuan agar kapal mewah ini dibuka untuk lawatan orang ramai. Rakyat berhak melihat betapa mewahnya kehidupan kroni-kroni BN yang dibiayai oleh duit rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.