Kesan daripada negara India boikot minyak sawit dari Malaysia - pakdin.my

Media tempatan tidak akan lapor ini.
Walaupun kerajaan PH kata boikot negara India tak berkesan atau tidak wujud sama sekali, data rasmi dari Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mengesahkan eksport sawit ke India jatuh 77%.

Dengan itu juga, jumlah eksport sawit untuk bulan November 2019 juga turun ke 1.4 juta tan berbanding 1.64 juta tan pada bulan sebelumnya.
http://bepi.mpob.gov.my/index.php/en/statistics/export/371-export-2019/927-export-of-palm-oil-to-major-destinations-2019.html

Jika Menteri sawit jawab, dia akan kata “tapi harga minyak sawit dan eksport sudah naik untuk bulan-bulan sebelumnya”?

Tapi kebenarannya ialah pengeluaran sawit Malaysia juga jatuh dengan signifikan.

Pengeluaran bulan Oktober jatuh dari 1.96 juta tan tahun lepas ke 1.76 juta tan.

Begitu juga dengan pengeluaran bulan November yang jatuh dari 1.85 juta tan pada November 2018 ke 1.53 juta tan pada November 2019.

Data rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia juga menunjukkan:

– Bulan Okt 2019 berbanding Okt 2018

“Minyak kelapa sawit dan hasil keluaran berasaskan minyak kelapa sawit (6.2% daripada jumlah eksport), merosot RM572.5 juta (-9.3%) kepada RM5.6 bilion. Eksport minyak kelapa sawit, komoditi utama dalam kumpulan produk ini menurun RM354.0 juta atau 9.8% disebabkan oleh penurunan dalam kedua-dua volum eksport (-5.5%) dan nilai purata seunit (-4.5%);”
https://bit.ly/2YxSosq

Jumlah volum eksport dan harga eksport jatuh.

– Bulan Sep 2019 berbanding Sep 2018

“Minyak kelapa sawit dan hasil keluaran berasaskan minyak kelapa sawit (6.7% daripada jumlah eksport), jatuh RM366.9 juta (-6.6%) kepada RM5.2 bilion. Eksport minyak kelapa sawit, komoditi utama dalam kumpulan produk ini menurun RM313.3 juta atau 9.3% disebabkan oleh kejatuhan dalam kedua-dua nilai purata seunit (-7.1%) dan volum eksport (-2.3%);
https://bit.ly/2qCoQgK

Jumlah volum eksport dan harga eksport jatuh.

– Bulan Ogos 2019 berbanding Ogos 2018 (sebelum boikot dan kenaikan duti import ke atas minyak sawit dari Malaysia naik)

“Minyak kelapa sawit dan hasil keluaran berasaskan minyak kelapa sawit (7.3% daripada jumlah eksport), meningkat RM844.3 juta (+16.7%) kepada RM5.9 bilion. Eksport minyak kelapa sawit, komoditi utama dalam kumpulan produk ini melonjak RM874.0 juta atau 31.5% disebabkan oleh peningkatan dalam volum eksport (+54.1%) walaupun nilai purata seunit menyusut 14.7%;
https://bit.ly/2Yw78bo

Jumlah volum eksport naik dengan banyak tapi harga eksport jatuh teruk.

Tiada guna jika harga sawit lebih tinggi jika pengeluaran serta eksport jatuh dan kita perlu memberi diskaun yang besar untuk jual.

Harap kerajaan PH jangan menyembunyikan fakta dan akan menyelesaikan masalah.

Jangan selalu tipu Rakyat.

Facebook Najib Razak

UTAMANAJIB RAZAKKesan daripada negara India boikot minyak sawit dari Malaysia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium