KWSP umum dividen terendah sejak 11 tahun lalu, Simpanan Syariah 5%, Konvensional 5.45% - pakdin.my

KWSP mengumumkan dividen 5.45% untuk tahun 2019 bagi simpanan konvensional (2017: 6.90%, 2018: 6.15%) dan 5.0% bagi simpanan Shariah (2017: 6.40%, 2018: 5.90%).

Kadar 5.45% in adalah paling rendah sejak 11 tahun dahulu.

Ini juga kali pertama dalam sejarah bahawa kadar dividen KWSP (5.45%) adalah hampir sama dengan kadar dividen ASB (5.50%) yang juga merupakan paling rendah dalam sejarah

………….

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) umum dividen 5% untuk Simpanan Syariah dan 5.45% bagi Simpanan Konvensional bagi tahun kewangan 2019.

Dalam kenyataannya, KWSP berkata, kumpulan itu merekodkan prestasi baik dalam keputusan operasi dan kewangannya pada tahun lalu, sekali gus membolehkannya mengisytiharkan dividen 5.45% bagi Simpanan Konvensional membabitkan pembayaran sebanyak RM41.68 bilion.

Jumlah dividen yang diisytiharkan ini melepasi 2.95% yang dimandatkan di bawah Akta KWSP 1991, yang mana kumpulan itu perlu mengagihkan sekurang-kurangnya 2.5% dividen nominal setiap tahun.

Di samping itu, dividen purata tiga tahun KWSP untuk Simpanan Konvensional selepas pelarasan inflasi, berada pada tahap 4.33%, iaitu 2.33% di atas sasaran tiga tahun dana sebanyak 2.00%.

Bagi Simpanan Syariah pula, ia membabitkan pembayaran dividen sebanyak RM4.14 bilion.

Di bawah Akta KWSP 1991, kumpulan itu perlu membayar dividen bagi Simpanan Shariah pada apa-apa kadar mengikut prestasi sebenar pelaburan.

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tunku Alizakri Alias berkata, pencarum boleh mendapat keselesaan kerana semua pelaburan mereka adalah patuh Syariah.

“Biarpun menghadapi keadaan pasaran yang mencabar pada tahun 2019, pengurusan dan peruntukan dana kami masih akan memastikan sasaran yang kami tetapkan dapat disampaikan bagi Simpanan Syariah untuk tahun lepas dan memenuhi mandat kami,” katanya.

UTAMAEKONOMIKWSP umum dividen terendah sejak 11 tahun lalu, Simpanan Syariah 5%, Konvensional...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium