KWSP yang bagi diskaun tol PLUS 18% bukan PH atau Guan Eng

Yang bagi diskaun 18% kepada pengguna PLUS bukannya Lim Guan Eng atau Pakatan Harapan tetapi pencarum KWSP.

Yang bakal menanggung rugi jika PLUS rugi juga adalah pencarum KWSP.

Yang bakal dapat dividen sedikit jika hasil PLUS jatuh ialah pencarum KWSP. Gaji dan elaun Lim Guan Eng tetap tidak susut.

Yang janji mansuh tol ialah PH bukan pencarum KWSP. Namun yang terpaksa berkorban ialah pencarum KWSP.

Lim Guan Eng juga mungkin tidak faham turun 18% tidak sama dengan sembang hendak mansuh tol.

Menteri Kewangan 18%

Oleh Ab Jalil Backer