Laporan polis terhadap MP Sungai Siput kerana gangguan seksual - pakdin.my

Seorang bekas bendahari cabang PKR membuat laporan polis ke atas Ahli Parlimen PKR kerana gangguan seksual

Dalam laporan polis itu, wanita berkenaan mendakwa menerima gangguan seksual daripada anggota parlimen PKR berkenaan sejak Disember tahun lalu.

Menurut sumber parti, bekas bendahari itu yang juga adalah seorang peguam dari Puchong membuat laporan polis pada 16 Mei lalu mendakwa dia menerima gangguan seksual setelah bekerja dengan ahli parlimen itu selepas pilihan raya umum ke-14 pada tahun 2018.

Katanya, masalah atau gangguan seksual kemudian mula menjadi-jadi.

“Lelaki itu menghantar teks ‘I love yousayang’,” kata wanita tersebut.

Pada akhir tahun lalu, selepas mengadu kepada suaminya berkenaan tindakan ahli parlimen tersebut dan juga meletak jawatannya sebagai bendahari cabang, kedua-dua pihak bersetuju untuk bersemuka dan menyelesaikan masalah berkenaan.

“Dia berjumpa saya dengan suami saya sambil memohon maaf dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan sedemikian.

“Namun, ini tidak berakhir tetapi saya terus menerima mesej dan gambar-gambar lucah.

“Malah, dia buat pula panggilan video dan menunjukkan buku ‘kamasutra’,” kata wanita itu merujuk buku kuno India yang menceritakan mengenai seksualiti dan erotika.

Sumber:

UTAMABERITALaporan polis terhadap MP Sungai Siput kerana gangguan seksual

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium