MahaCai Cuba Mengelirukan Rakyat Nak Tutup Jenayah Skandal FOREX Mahathir - pakdin.my

1. Blogger Pakatan Mohd Hanizam Bin Yunus @ Blue Ocean telah mula untuk mengelirukan rakyat untuk menyembunyikan jenayah Mahathir.

2. Beliau baru sahaja membuat laporan polis yang meminta Polis untuk menyiasat mengapa rizab FOREX Malaysia telah mengalami “kerugian” AS$39.6 bilion (RM160 bilion) antara 2013 hingga 2016 yang mendakwa ini adalah “kerugian” yang lebih besar berbanding kerugian Skandal Forex Bank Negara Malaysia (BNM)oleh Mahathir sebanyak RM31.5 bilion (atau RM100 bilion).

3. Terdapat perbezaan besar antara Skandal BNM Mahathir dan apa yang BNM lakukan antara 2013 dan 2016 sebagai sebahagian daripada langkah mereka untuk menstabilkan pasaran.

4. Ia rumit tetapi dalam bentuk yang paling asasnya, boleh dipermudahkan seperti berikut:

a) Skandal FOREX Mahathir:

Dia memiliki AS$10 dan sifar RM. Beliau meminjam AS$10 lagi kemudian membeli tiket loteri Amerika Syarikat bernilai AS$20, kalah dan menghabiskan semua wang yang ada.

Akhirnya yang tinggal sifar AS$ juga sifar RM dan masih berhutang lagi AS$10.

Kerugian bersih adalah AS$20 atau RM80 dan jatuh bankrap.

Bukan sahaja perjudian ini melanggar peraturan (ini bukan wang mak bapak dia tetapi milik rakyat) dan yang membuatnya lebih buruk lagi adalah dengan menyembunyikan kerugian dan membohongi rakyat atas kerugian semua wang rakyat dan jatuh muflis.

b) Operasi BNM antara 2013 to 2016.

Mereka sebelum ini telah membeli AS$20 pada nilai tukaran RM3.80.

Mereka mempunyai AS$20 dan sifar RM. Kemudiannya menjual US $ 20 pada penukar wang pada kadar AS$1 berbanding RM4 – membuat keuntungan sebanyak RM4.

Sekarang mempunyai sifar AS$ dan RM80, membuat keuntungan sebanyak RM4 dan tidak berhutang kepada sesiapa pun.

5. Dalam kedua-dua kes, pegangan AS$ telah menurun tetapi dalam kes 1, BNM mengalami kerugian besar manakala dalam kes 2, BNM membuat keuntungan sebagai sebahagian daripada TUGAS mereka untuk mengurangkan turun naik kadar pertukaran wang kita – yang mana rizab FOREX dimaksudkan untuk menjadi keutamaan.

6. Malah, bagi tempoh 2013 hingga 2015 yang mana blogger Pakatan mendakwa bahawa BNM telah mengalami kerugian, BNM melaporkan keuntungan besar RM5.5 bilion (2013), RM6.4 bilion (2014), RM7.8 bilion (2015) dan RM6 .5 bilion (2016).

7. Ini sangat berbeza dari tahun 1992 hingga 1994 skandal forex Mahathir adalah kerugian yang sangat besar sehingga BNM secara teknikalnya telah muflis dan terpaksa menjual saham Penerbangan Malaysia (MAS), Telekom, Tenaga dan saham lain dan terpaksa melunaskan kerugian mereka dalam tempoh sehingga 10 tahun kemudian.

8. Untuk maklumat lebih terperinci boleh lihat disini:
https://www.facebook.com/EricSeeTo/posts/1801721163173601

9. Secara kebetulan, Hanizam @ Blue Ocean adalah ahli PRIBUMI dan juga orang yang dengan yakinnya meramalkan bahawa Kementerian Kewangan kita akan muflis pada 11 Julai 2016.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1820195788199207

10. Saya mencabar dia dan OutSyed pada tahun lepas tetapi kedua-duanya tidak berani untuk menerima cabaran itu.

11. Baik bagi mereka kerana mereka tidak menerima cabaran kerana ternyata Malaysia tidak muflis pada tahun lepas.


LSS.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2086120391606744&id=100006264096443

UTAMAPOLITIKMahaCai Cuba Mengelirukan Rakyat Nak Tutup Jenayah Skandal FOREX Mahathir

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium