33.5 C
Kuala Lumpur
Friday, October 23, 2020

Mahathir sembunyi kebenaran MCKIP & Qinzhou Industrial Park berniat menghasut

Portal berita pro-pembangkang MalaysiaKini dan Malaysia Chronicles cuba memainkan sentiman rasis dengan menggunakan tajuk berita “Mahathir dikecam di depan duta China” dan “Najib mahu memalukan orang Melayu”.

Pihak pembangkang tak habis-habis menghasut dan megapikan politik kebencian antara kaum.

Tetapi, kebenarannya ialah MCA mengecam Mahathir kerana Mahathir dan pembangkang sering memainkan agenda anti-China dengan menipu.

Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad sengaja menyembunyikan kebenaran tentang sesuatu perkara demi kepentingan politik peribadi, kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata pemimpin politik veteran itu juga sangat tidak bertanggungjawab kerana sanggup menidakkan usaha kerajaan dalam mengukuhkan ekonomi negara.

Katanya terbaru, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah melawat Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP) dan dengan menunjukkan papan tanda jalan, Jalan Qinzhou’ yang ditulis dalam Bahasa Cina, telah mendakwa bahawa tanah dan sumber negara telah dijual kepada China.

Liow berkata Dr Mahathir gagal memberitahu rakyat bahawa di Qinzhou, China, juga ada sebatang jalan yang dinamakan Jalan Kuantan.

“Ini semua dakyah yang cuba mengelirukan rakyat kerana dia tidak tunjukkan bahawa di Qinzhou Industrial Park (QIP), juga ada Jalan Kuantan,”

Katanya segala perancangan ekonomi yang dilaksanakan kerajaan hanya untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan untuk negara dan tidak sama sekali mahu menggadaikan kedaulatan negara.

Liow yang juga Menteri Pengangkutan turut memberitahu bahawa Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan Datuk Fadzilla Salleh juga dijadual melawat QIP pada 26 Feb ini untuk melancarkan Jalan Kuantan di sana, selain melihat sendiri perkembangan terbaru mengenai kawasan perindustrian tersebut.

“Adakah ini bermakna China sudah jual hak dan tanah mereka kepada Malaysia?” soal beliau.

Dilancarkan pada 2016, MCKIP dan Qinzhou Industrial Park merupakan kawasan perindustrian berkembar yang diwujudkan untuk merancakkan aktiviti pelaburan dan perusahaan kedua-dua negara, selain sebagai usaha dalam mengukuhkan hubungan dua hala.

Taman indusri China-Malaysia Qinzhou yang bertapak di bandar Qinzhou China dimiliki 49% oleh Malaysia dan keluasanya 10 kali ganda Taman industri MCKIP di Kuantan yang 51% dimilik oleh Malaysia.

LSS.

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/po/newspolitics.php?id=1434898

https://pakdin.my/taman-perindustrian-malaysia-china-kuantan-mckip-taman-industri-berkembar/

https://pakdin.my/bandaraya-persahabatan-jalan-gebeng-dinamakan-jalan-qinzhou-dan-jalan-di-qinzhou-dinamakan-jalan-kuantan/

https://pakdin.my/tag/qinzhou/






Berita Berkaitan

Laporan Presiden UMNO ‘U-turn’ tidak benar

Laporan sebuah portal mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertindak ‘U-turn”...

UMNO Gesa Gencatan Politik, Fokus Sepenuhnya Agenda Bantu Rakyat – Ahmad Zahid

Umno hari ini mengumumkan “gencatan politik” bagi memastikan agenda menangani Covid-19 dan membantu rakyat...

Kamulah punca sistem negara ini rosak, kata Ramkarpal kepada Mahathir

Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP Ramkarpal Singh menyatakan kekesalannya bekerjasama dengan Dr Mahathir...

Azmin dan Hamzah Zainudin katak lompat yang gila kuasa, kata MT Umno

Anggota Majlis Tertinggi Umno menyindir dua pemimpin kanan Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,358PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan