26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, September 21, 2020

Mansuh GST, Hanyalah Laungan Retorik Pembangkang Sahaja #Bajet2018

Janji dan harapan palsu semata semata. Begitulah yang boleh kita gambarkan daripada Belanjawan Alternatif Pakatan Harapan 2018. Hampir 90% bajet alternetif itu hanyalah “copy paste” bajet mereka yang terdahulu. Manakala di ruangan lampiran pula boleh dilihat dengan jelas, mereka tiru bulat bulat cara Barisan Nasional mencari hasil.

GST tetap menjadi retorik utama pembangkang dalam bajet khayalan mereka semalam. Dua tahun berturut turut, pembangkang menyatakan dalam bajet alternatif  pada 2016 dan 2017 bahawa kadar GST mereka adalah pada 0%. Semalam, dalam bajet alternatif mereka untuk 2018, mereka kata hendak mansuh GST.

Namun bila diteliti balik satu persatu ayat ayat yang mereka tulis dalam bajet itu, sebenarnya mereka masih lagi tidak mansuh GST. Hanya pusing dan putar belit ayat sahaja untuk kelirukan rakyat.

Lihat apa yang pembangkang tulis ini dalam mukasurat 36 ini:

“Perlaksanaannya mungkin mengambil masa setahun selepas memenangi PRU14 kerana kami perlu menyediakan dan mendidik pengguna dan perniagaan. Kami akan mengekalkan sistem pelaporan yang telah dilaksanakan di bawah rejim GST tetapi akan kadar sifarkan kebanyakan barangan serta kembali ke persamaan SST”

Lihat pada ayat “mungkin ambil masa setahun” dan ‘kadar sifarkan” itu. Ini bermakna pembangkang tidak akan hapus GST serta merta. Mereka akan letak 0% pada kadar GST, sama seperti bajet alternatif yang mereka buat pada dua tahun lepas.

Oleh itu, tidak mustahil, mereka akan kekalkan GST jika hasil negara yang mereka andaikan tidak menjadi. Mereka ada kecenderungan untuk mungkir janji kerana pada mereka manifesto bukanlah janji. Banyak sudah pun janji janji yang mereka mungkiri di Selangor dan Pulau Pinang.

Bila hasil negara sudah berkurang sebanyak RM25.5 billion, pembangkang hanya buat andaian mahu menampung kekurangan itu dengan menjimatkan RM20 billion daripada Jabatan Perdana Menteri yang dianggap pembangkang satu belanja yang membazirkan. Ini dinyatakan dalam mukasurat 25.

Pembangkang kata peruntukan yang RM20 billion ini banyak sangat untuk diagihkan bagi agensi seperti BTN, Esszone, Suhakam, Felda, APMM, bantuan bencana, Lembaga Tabung Haji, PR1MA dan lain lain lagi. Mereka hendak tutup semua agensi ini termasuklah yang menguruskan haji, felda dan bencana.

Inilah hajat DAP yang sebenar. Ribuan orang akan kena pecat daripada penjimatan cara DAP  ini. Memang sudah lama DAP mahu buang penjawat awam. Mahathir pun sudah cakap semasa demo di Padang Timur, Petaling Jaya baru baru ini bahawa mahu singkirkan penjawat awam yang tidak sebulu dengannya.

Buang penjawat awam kerana hasil negara kurang RM25.5 billion bila GST dimansuhkan. Kemudian bergantung kepada andaian bahawa rakyat akan membeli lebih banyak barang import bila GST akan dimansuhkan. Ini andaian yang dinyatakan dalam mukasurat 17.

Mengharap rakyat akan beli kenderaan import dan hasil kononnya akan meningkat sebanyak RM1.46 billion.

Menguruskan hasil negara ini tidak boleh dibuat berdasarkan andaian sebegini. Negara akan lingkup dan jahanam jika bergantung pada cara penjimatan membuang orang dan mengharap rakyat akan beli barang import bila GST sudah dimansuh. Ini satu andaian mengarut pembangkang.

Bila andaian tidak menjadi, hasil tetap kurang, pembangkang sudah tentu akan ikut jejak langkah seperti Singapura yang menaikkan kadar GST selepas itu. Itulah sebab sebenar kenapa pembangkang tidak mahu hapus GST serta mereka dan meletakkan kadar itu pada 0% sahaja

Nurul Izzah pun pernah terlepas cakap taktik GST pada kadar 0% ini. Nurul Izzah  berkata GST akan kekal sifar jika pakatan pembangkang berkuasa dalam Malaysiakini pada 25 April 2017. Kekal sifar bermakna ianya tidak akan dihapuskan.

Bapa Nurul Izzah pun puji GST. “Dari segi percukaian, saya tidak nafikan GST adalah sistem percukaian yang lebih efesien dan telus” kata Anwar Ibrahim dalam parlimen pada 30 Oktober 2017.

Tun Daim pun pernah berkata “GST, saya memang dulu lagi pada  tahun 1994 saya memang hendak nak perkenalkan GST. Sebab saya kata GST, kita punya asas pendapatan sangat kecil”

“Hanya 40 peratus, tidak boleh bergantung pada Petronas sahaja. Esok kalau Petronas ada masalah, mana nak cari duit, nak belanja?” kata Tun Daim pada 4 Januari 2015.

Azmin Ali, Menteri Besar Selangor pun puji sistem GST. “Saya tegaskan pakatan pembangkang tidak pernah mengambil pendirian menolak GST. Pendirian kita jelas, GST ini sistem percukaian yang cukup telus, efesien dan dalam jangka masa panjang akan beri kebaikan kepada ekonomi negara” kata Azmin Ali

Tiga orang ini, Anwar, Azmin dan Tun Daim sudah iktiraf GST adalah sistem percukaian yang efesien dan telus untuk ekonomi negara. Pembangkang tidak akan mansuh GST, hanya letak pada kadar 0% sahaja dan cakap ambil masa setahun hendak mansuh.

Lepas itu, bila tiada hasil nanti mereka akan naikkan kadar GST. Tidak percaya? Tengoklah nanti. Anwar, Azmin dan Tun Daim pun tidak setuju GST dimansuhkan. Apa yang ditulis dalam Bajet Alternatif itu hanya laungan retorik semata mata.

Berita Berkaitan

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...
00:03:29

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan pada Ogos 2020, meningkat 24.7 peratus dari segi jumlah berbanding bulan yang sama tahun lalu,...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil kadar tarif elektrik bagi tahun depan berikutan penyusutan kos pengeluaran arang batu dan dan gas...

Media Prima dijangka catat untung

KUMPULAN media bersepadu, Media Prima Berhad (Media Prima) dijangka kembali mencatat keuntungan pada tahun kewangan 2021 dan 2022, demikian mengikut CGS-CIMB Securities International Pte...

Bimbang rusuhan di AS, harga minyak jatuh

NEW YORK – Harga minyak jatuh disebabkan rusuhan di bandar-bandar besar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan meningkat kerana pasaran optimistik Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak...

Projek JUAL NEGARA oleh Rejim PH dah settle – jom kita bersorak dengan gembira

Dalam rundingan. Ramai yang minat. Sabar. Tapi mesti kasi settle. Syarikat lapangan terbang Malaysia Airports Berhad ada jual tak?

Mukhriz jual 72,600 saham dalam Opcom

Berikutan penjualan itu, Mukhriz, pemegang saham utama dalam syarikat itu, kini hanya memegang 34.89 juta saham atau 21.64 peratus kepentingan, kata Opcom dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Mahathir cadang cukai bagi perniagaan online

“Perniagaan dalam talian yang berurusan secara terus telah menyebabkan perniagaan konvensional terjejas dan kutipan cukai perniagaan juga berkurangan.

Komen

..

Penghinaan terhadap pasukan keselamatan tidak dapat dimaafkan

Kenyataan berbentuk penghinaan seorang ahli politik yang mendakwa insiden pencerobohan Lahad Datu, pada 2013, sebagai sandiwara negara adalah suatu penghinaan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail...
00:02:39

[Video] #PRNSabah: WARISAN dakwa penularan Covid-19 di Sabah Sandiwara. Fitnah terhadap ‘front-liners’

Selepas menggelakkan tragedi Lahad Datu tahun 2013 sebagai sandiwara, Warisan Plus juga sifatkan Covid-19 sebagai satu lagi sandiwara. Lihat sini: https://pakdin.my/prnsabah-mohamaddin-ketapi-dakwa-askar-berperang-dengan-ayam-dan-anjing-di-tanduo-video/ Mereka kata orang Melayu tak...

Jangan kompromi isu keselamatan: Bung

TAWAU: Pengerusi Barisan Nasional Negeri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu pasukan keselamatan tidak berkompromi terhadap isu keselamatan terutamanya menjelang hari pembuangan undi...
00:02:32

#PRNSabah: Mohamaddin Ketapi dakwa askar berperang dengan ayam dan anjing di Tanduo? [Video]

Bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya semasa era Pakatan Harapan, Mohamaddin Ketapi mendakwa peperang menentang penceroboh di Tanduo, Lahad Datu, Sabah ada lah pembohongan...

#PRNSabah: Ahli MT UMNO dilapor postif COVID-19 selepas berkempen di Sipitang

Seorang pemimpin UMNO dilaporkan positif COVID-19 selepas berkempen di kawasan Parlimen Sipitang. Memetik laporan sebuah portal tempatan, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu kini sedang menjalani...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...