23.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 27, 2020

Mesir Merasionalisasi Subsidi Dan Perkenalkan Program Takaful Dan Karama Menyamai BR1M

1. Tiga tahun selepas Malaysia melancarkan BR1M, Mesir melaksanakan BR1E (Bantuan Rakyat 1 Mesir) mereka, yang mereka panggil sebagai program “Takaful dan Karama”.

2. Pembayaran pertama dibuat pada tahun itu sementara amaun yang diberikan secara pemindahan tunai langsung telah meningkat dari tahun ke tahun yang memberi manfaat kepada 1.5 juta keluarga miskin tegar.

3. Penerima diberi kad pintar untuk mengeluarkan wang di ATM atau secara peribadi di pejabat pos atau di unit Kementerian Perpaduan Sosial.

4. Ini untuk mengimbangi rasionalisasi subsidi yang dilaksanakan oleh Mesir di mana harga petrol meningkat sehingga 78% pada bulan Julai 2014.
https://www.reuters.com/article/us-egypt-energy/egypt-to-raise-fuel-prices-by-up-to-78-percent-from-midnight-source-idUSKBN0F91YG20140704

5. Mesir berkata langkah rasionalisasi subsidi mereka adalah untuk mengurangkan pembaziran dan memerangi rasuah akibat ketirisan.

6. Harga bahan api meningkat sehingga 47% pada Nov 2016.
https://www.madamasr.com/en/2016/11/03/news/economy/egypt-to-raise-fuel-prices-by-up-to-47-percent-at-midnight/

7. Dan kemudian meningkat lagi sehingga 50% semalaman pada bulan Jun 2017.
https://www.reuters.com/article/egypt-economy/update-3-egypt-raises-fuel-prices-by-up-to-50-percent-under-imf-deal-idUSL8N1JQ1G5

8. Mesir telah mengumumkan bahawa semua subsidi minyak akan dihapuskan dalam tempoh 3 tahun akan datang – yang bermaksud bahawa pada masa itu, harga minyak Mesir akan sama atau lebih tinggi daripada harga Malaysia.
https://www.reuters.com/article/egypt-economy-imf/imf-backs-egypt-plan-to-remove-fuel-subsidies-in-three-years-ease-inflation-idUSL8N1IJ63C

9. Mesir juga menggantikan cukai jualan mereka dan memperkenalkan GST dengan kadar 13% pada 1 Oktober 2016, yang kemudiannya dinaikkan kepada 14% pada 1 Julai 2017.
https://www.vatlive.com/vat-news/egypt-early-vat-rise-to-14-july-2017/

10. Pakatan digalakkan menghantar pemimpin mereka ke sana untuk membantu “Selamatkan Mesir”. Mereka boleh menggunakan argumen seperti:

a) Mesir adalah negara pengeluar minyak dan menghasilkan minyak lebih banyak dari Malaysia… kenapa zalim kepada rakyat?

b) GST membebankan rakyat dan ini adalah kerana Kerajaan Mesir songlap duit rakyat.

c) Program “Takaful and Karama” adalah dedak untuk rakyat. “Cash is king”.

11. Jika cuba melakukan ini di Mesir, dalam masa seminggu, pemimpin Pakatan akan dihantar untuk pemenggalan kepala dikhalayak ramai.

12. Jangan bercakap mengenai “arabization” Malaysia. Kita kini juga dapat menyaksikan “Malaysianization” orang Afrika.

13. Mesir dan Arab Spring pernah dipuji oleh pemimpin Pakatan sebelum 2013 sebagai role model untuk Malaysia. Mungkin pemimpin Pakatan masih beranggapan bahawa Malaysia harus mengikut langkah Mesir – terutamanya kerana Mesir pada dasarnya telah mengikuti langkah yang Malaysia lakukan?

LSS.

Rujukan:
Arab Saudi juga mengikuti langkah Malaysia
http://www.independent.co.uk/news/business/news/saudi-arabia-oil-prices-petrol-jet-fuel-hike-80-per-cent-january-a8104941.html

https://pakdin.my/arab-saudi-mungkin-naikkan-harga-petrol-sehingga-80/

Berita Berkaitan

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Hisham: Umno perlu waspada, sedar bahaya sokong Anwar

Hishammuddin tak payah gelabah dan keluar kenyataan mengarut lah. Tak ada siapa dari UMNO...

Saya akan tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin, kalau bawa kepada pilihan raya mengejut, kata Nazri

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz akan menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin...

Poster ucapan tahniah atas upacara angkat sumpah Anwar adalah palsu kata AMK PKR

Berikutan penafian AMK mengenai desas-desus bakal mengangkat sumpah pada Jumaat ini, mengesahkan Anwar mengulangi...

Keputusan Presiden UMNO adalah ke arah pembubaran Parlimen, Anwar tak boleh jadi PM secara automatik

Pada saya, keputusan Presiden UMNO semalam untuk tidak menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO untuk...

Dah jadi macam kartun, bubar saja parlimen kata Tajuddin Rahman

Kemelut politik terbaru yang tercetus rentetan pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang...

#PRNSabah: Warisan kalah tetapi Shafie mungkin angkat sumpah sebagai KM esok

Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mungkin akan mengangkat sumpah sekali lagi esok berikutan kegagalan mana-mana parti menjadi dominan dalam Pilihan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan