Misi sukarelawan perubatan pasca banjir bukti BN peduli rakyat #pakdin.my

Selain aspek bantuan lain, misi sukarelawan perubatan pasca banjir BN sedikit sebanyak dapat membantu mangsa-mangsa yang terlibat dalam memenuhi ruang keperluan rakyat.

Demikian kata Ketua Pasukan Perubatan Sukarelawan Barisan Nasional (BN), Dr Masliha Harun sebelum pasukan tersebut bergerak ke lokasi di sekitar kawasan banjir hari ini.

Beliau yang juga EXCO Puteri UMNO Malaysia berkata pasca banjir kebiasaannya ada yang akan mengalami demam, sakit tekak serta beberapa masalah kesihatan.

“Kita bersama NGO My Sinar Care dan Optimum Malaysia yang terdiri daripada kalangan mereka yang berada dalam bidang perubatan seperti doktor dan sebagainya akan turun ke lapangan untuk menyantuni mangsa banjir.

“Hari ini kita datang membantu dalam misi pasca banjir bersama Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah yang merupakan Pengarah Bencana BN dan kita akan turun ke beberapa negeri bersama pasukan perubatan,” katanya.

Tambahnya, dari segi persediaan ubat-ubatan dan segala keperluan, pihaknya mendapat sumbangan daripada beberapa agensi termasuklah daripada LTAT menerusi Pharmaniaga dan klinik-klinik persendirian lain.

“Insya-Allah kita akan saring mangsa-mangsa banjir dan untuk barang keperluan ubatan, kita akan bagi mengikut keperluan mereka. Kebanyakan pesakit pasca banjir selalunya akan ada yang demam, sakit tekak, cirit-birit… jadi ubatan ini kita sediakanlah untuk mereka-mereka yang terlibat,” ujarnya.

Terdahulu beliau bersama Pengerusi Bencana BN, Dr Shamsul Anuar serta sukarelawan lain diberikan taklimat di WTC sebelum masing-masing bergerak ke lokasi yang ditetapkan.

Sementara itu, Pengerusi Prima, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya mengucapkan terima kasih kepada BN atas kesungguhan yang ditunjukkan bermulanya banjir baru-baru ini dan walaupun ianya atas platform parti politik tetapi bantuan terhadap rakyat mengatasi kefahaman berideologi.

“Sebab itu kalau kita lihat pada program hari ini bukan sahaja BN daripada sudut agihan bantuan banjir ini tetapi juga turut disertai oleh NGO-NGO lain daripada aspek perubatan, malah Prima sendiri menyediakan toto sebanyak 7,000 set.

“Kita jadikan BN sebagai platform agihan barang dan kita pun tahu dalam situasi sekarang kos logistik yang tinggi termasuklah kos-kos yang lain untuk pergi ke kawasan yang terlibat.

“Kita berbesar hati apabila BN menyediakan kemudahan logistik untuk menyampaikan barangan yang kita sumbangkan. Apa pun penglibatan semua pihak amat membanggakan dan tenaga kita dikongsi secara bersama untuk memastikan sumbangan sampai kepada sasaran,” katanya.

BACA juga:

Original Article

Berkaitan