Home / :: BLOG :: / Najib: Jangan jarah dana Petronas atau bagi misi ‘bail-outs’

Najib: Jangan jarah dana Petronas atau bagi misi ‘bail-outs’

Alhamdulillah, rizab tunai Petronas meningkat kepada RM164.7 bilion pada akhir Mac 2018, meningkat RM36.5 bilion berbanding RM128.2 bilion pada tiga bulan lalu iaitu pada penghujung 2017.

Peningkatan ini adalah berikutan harga minyak yang memberangsangkan selain dari penerimaan bayaran dari pelaburan Aramco Saudi bagi projek RAPID Pengerang.

Rizab tunai Petronas sekarang jauh lebih tinggi berbanding tahun 2008 semasa saya mula bertugas sebagai menteri kewangan.

Pada ketika pentadbiran saya, saya amat teliti dalam memastikan Petronas tidak perlu membayar dividen kepada kerajaan melangkaui keperluan kerana saya mahu memastikan mempunyai imbangan tunai mencukupi bagi memenuhi pelan pengembangan dalam sektor perniagaan utama dan hiliran bagi menjadi sebuah syarikat tenaga berintegrasi bertaraf dunia.

Hasilnya, baki tunai Petronas telah meningkat secara signifikan dan syarikat ini berupaya membuat pelaburan serta berkembang untuk melaksanakan projek bersifat ‘game changer’ seperti projek RAPID Pengerang, Projek Integrasi Minyak dan Gas Sabah Sarawak (SSIOGP) dan projek Amonia dan Urea Sabah (Samur).

Pada masa itu, Petronas turut diberi ruang kebebasan untuk membuat pelaburan dalam projek huluan yang besar di Malaysia dan di merata tempat di dunia seperti Kanada, Iraq dan Brunei.

Pelaburan-pelaburan ini akan berupaya menghasilkan dividen yang tinggi bagi Petronas serta Malaysia bagi jangka masa panjang. Kita melabur untuk memastikan manfaat bagi jangka masa panjang.

Kerajaan PH baru-baru ini telah menyatakan pemansuhan GST akan dibiayai dengan meminta Petronas, Khazanah dan BNM untuk membuat bayaran dividen yang lebih tinggi kepada kerajaan. Bagaimanapun pendekatan ini adalah rapuh (not sustainable) dan bakal mengorbankan jangka masa panjang hanya untuk pembiayaan jangka masa pendek.

Keuntungan Petronas juga bergantung kepada harga minyak dan gas dunia yang terletak di luar kawalannya. Kebergantungan yang keterlaluan terhadap harga minyak yang tinggi sepatutnya dielakkan. Walaupun harga minyak dunia sekarang agak tinggi berbanding jangkaan dalam bajet 2018 saya, kita perlu menjaga jika harga minyak jatuh lagi seperti kejatuhan sebanyak 80% yang berlaku pada tahun 2014 dan 2015.

Saya mohon kerajaan baharu ini akan terus memberi ruang dan modal yang cukup besar kepada Petronas untuk terus memenuhi visi mereka dan bukannya menjarah dana Petronas atau bagi misi ‘bail-outs’ sebagaimana dilakukan ketika pentadbiran 22 tahun Tun Mahathir yang dahulu.

http://pakdin.my/tag/petronas
http://pakdin.my/tag/bail-out/

#FaktaBukanAuta #RinduZamanNajib #ManaDuitForex

(Visited 10 times, 1 visits today)

Artikel berkaitan

11 comments

  1. Hasrul Black

    Kerja2 acai mcm ni la dlu min.. selongkar sane sini.. terbaik la job min.. teruskan smp pru15..

  2. Muhammad Amir Mohd Arshad

    dah mmg kerja dia menjarah…. lepas buat paling tidak dia cakap mana bukti dia buat….. saya dah lupa

  3. Noor Hiakmah

    yg cekap geledah sampai lupa 10 100 tu sape ye

  4. Juju Amiruddin

    Kenapa la dsn baik sgt masih nk menjaga negara biarkan je la sampai lingkup bru cai gomen tahu menilai siapa yg layak memerintah..

  5. Abu Bakar Abu Ahmad

    LGE…ada CAT……dia bijak ramai org melayu sokong dia…….am an membawa rebah…..

  6. Needa Hashim

    Jgn jap g ade statement ph berjaye tingkatkan rizab tunai petronas sudah…

  7. Fmfaazil Mustafar

    KERAJAAN KENCINGGG…
    MACAI HANCINGGG…
    LGE…jgn tggu lg…jlnkn kewajipan sbagai menteri kewangan dlm Memanipulasi Kewangan Petronas pula…

  8. Nazim Qahar Muhamad

    Datuk Seri Najib diiktiraf oleh Bank dunia antara menteri kewangan yang terbaik tak percaya pergi tengok protokol bank dunia laman web ada sediakan di situ

  9. Che Noran Mohd Jelas

    Perjuangan penyangak yg belum selesai…

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.