Home POLITIK Najib telah menyelamatkan nyawa politik Dr. Mahathir

Najib telah menyelamatkan nyawa politik Dr. Mahathir

#FaktaBukanAuta #MahathirHaramkanUMNOAsal #MahathirDiktator

- Advertisement -

PADA malam 23 April 1987, kira-kira 30 tahun lalu. Satu perhimpunan telah diadakan di Hotel Hilton Kuala Lumpur. Hotel di Jalan Sultan Ismail ini antara hotel antarabangsa terawal di ibu kota, sekarang sudah hilang dari pandangan setelah ‘direbankan’ (flattened) untuk dibuat bangunan baharu, yang kini dikatakan terbengkalai.

Cukup genting pada masa itu perebutan kuasa antara dua tokoh – Dr. Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li).

Hilton menjadi markas jentera Mahathir, manakala Hotel Regent di Jalan Imbi menjadi markas Ku Li. Perhimpunan Agung UMNO dan pemilihan akan diadakan di PWTC keesokan harinya pada 24 April.
Perhimpunan di Hilton itu diadakan oleh Dr. Mahathir bagi mengumpul sokongan. Suasana amat terdesak. Dr. Mahathir selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri terasa amat terancam. Dia cukup tertekan. Dia menghadapi tentangan maha hebat untuk mempertahankan jawatan Presiden. Ku Li bukan calang-calang orang dan Dr. Mahathir merasakan dia boleh dikalahkan.

Berlaku perpecahan yang amat dahsyat dalam sejarah politik Melayu ketika itu. Satu peperangan politik umpama kisah Clash of the Titans dan David and Goliath.
Akibatnya terbentuk dua team. Team A dan Team B. Team A Mahathir bersama Tun Ghafar dan Anwar Ibrahim serta Team B Ku Li bersama Musa Hitam, Pak Lah, Datuk Manan Osman, Rais Yatim, Datuk Zainal Abidin Zain. Najib selaku Ketua Pemuda UMNO juga dikatakan menyatakan sokongan kepada Team B.

- Advertisement -

Dr. Mahathir yang terdesak membuat perancangan. Dipanggil semua penasihatnya, termasuk ADC atau Ketua Pengawal Peribadinya, Mohamad Ali (Pak Ali). Beliau perlu memikirkan dengan cepat. Masa tidak lama sebelum pengundian pagi keesokan harinya.
Hanya 11 jam sahaja yang tinggal.
“Ali pergi cari Najib cepat!” kata Dr. Mahathir kepada Pak Ali.
Pada waktu itu, di Bukit Tunku; Najib dan isterinya Rosmah sedang mengemas kediaman yang baru mereka sewa serta menyambut tetamu. Najib tidak mahu memikirkan soal UMNO atau apa yang berlaku di Hotel Hilton pada malam itu. Sebaliknya, Dr. Mahathir amat memerlukan sokongan Najib. Masa ketika itu cukup genting.

Di kediaman ibu Najib, Tun Rahah di Jalan Eaton pada malam yang sama, kelihatan masuk deretan radio car (kereta peronda polis) dan sebuah kereta besar semacam kereta Perdana Menteri.
“Saya yang tinggal depan rumah Tun Rahah nampak kereta itu masuk. Saya pun keluar menemui Tun Rahah.
“Kelihatan body guard Dr. Mahathir tiba bersama radio car itu.”
Dr. Mahathir mengarahkan pengawal peribadinya itu mencari Najib. Najib perlu dibawa dengan kereta besar Perdana Menteri ke Hotel Hilton pada malam itu juga. Najib perlu ditunjukkan kepada perwakilan. Sokongan Najib kepada Dr. Mahathir adalah penentu.

“Saya bertanya kepada Tun Rahah apa yang perlu dilakukan. Beliau berkata, mintalah Najib pergi sebagaimana Tun Razak taat kepada Tunku dahulu.”
Itu kata-kata Datuk Idris Shaari Mat Aris yang saya andaikan sebagai bapa angkat atau guidance angel kepada anak-anak Tun Abdul Razak.
Idrislah yang mula mengasuh Najib bermula beliau pulang dari England sehingga menjadi Menteri Besar Pahang pada usia yang muda dan pengalaman yang cetek. Idris ialah Pengawal Peribadi kepada Tun Razak dan apabila Tun Razak meninggal beliau menjadi Setiausaha Sulit kepada Tun Rahah.

Saya menemui Idris kelmarin dalam satu mesyuarat di Kuala Lumpur. Sebagai seorang yang sudah berusia 70an fikiran Tok Deris, panggilan kami kepadanya, masih tajam. Cuma fizikalnya agak lemah dan memerlukan tongkat dan pembantu untuk berjalan.
Mendengarkan kata-kata Tun Rahah itu maka Idris meminta body guard Dr. Mahathir mengikutinya ke kediaman baharu Najib di Bukit Tunku.

Semasa kami tiba dengan petrol car dan kereta besar Perdana Menteri itu, Najib sedang menemui tiga orang perwakilan dari Pahang.
“Saya masuk ke dalam bilik dan berjumpa Najib. Saya kata Dr. Mahathir minta Datuk (Najib) pergi juga malam ini ke Hilton.
“Mummy (Tun Rahah) pun cakap pergilah Tok.”
Najib menjawab: Takpalah, Deris pergilah dulu.
Saya masih merasa was-was dan bertanya sekali lagi dengan Najib, adakah beliau akan pergi?
“Setelah mendapat jaminannya maka saya pun pergi. Saya bagi tahu Ali bahawa Najib akan pergi ke Hilton. Saya juga pergi ke Hilton dan saya diminta Ali berada di tepi pentas.
“Semasa saya tiba Tok Mat (Datuk Mohamed Rahmat) sedang berucap menghentam Najib,” kata Idris sambil ketawa.

Dr. Mahathir mengarahkan supaya satu kerusi di meja utama dikosongkan bagi memberi tempat kepada Najib.
“Kemudian Ali memberitahu saya Najib sudah sampai.” Kata Idris, beliau nampak Najib tiba dengan kawan lama sekolahnya di St. John’s Institution, bernama Dr. Tiagi.

Apabila Najib masuk semua hadirin bangun bertepuk tangan. Nada ucapan tiba-tiba bertukar. Dr. Mahathir amat gembira dengan kemunculan Najib itu.
Akhir sekali keesokan harinya Dr. Mahathir menang mengalahkan Ku Li dengan margin yang tipis. Dr Mahathir menang sebanyak 43 undi ke atas Ku Li, iaitu 761 berbanding 718 undi untuk jawatan Presiden UMNO.

Dr. Mahathir hampir tersungkur. Tak perlulah saya bagi details apa yang berlaku semasa pengundian itu sedang dijalankan. Mengapa tiba-tiba bunyi bising dengan lagu-lagu dan lampu tiba-tiba padam.
Akibat kemenangan Dr. Mahathir itu Team B dianggotai oleh 11 ahli UMNO (dikenali sebagai UMNO 11) membawa ke mahkamah kerana dikatakan pemilihan itu tidak sah.
Kes itu telah dibicarakan di hadapan Hakim Harun Hashim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988.

Setelah beberapa siri perbicaraan yang mengambil masa selama tujuh bulan, Harun telah memutuskan bahawa di bawah undang-undang, beliau tiada pilihan melainkan mengisytiharkan UMNO sebagai pertubuhan yang tidak sah kerana wujudnya beberapa cawangan yang tidak didaftarkan dan dianggap tidak sah di bawah Akta Pertubuhan.

- Advertisement -

Cuma moral kisah daripada cerita Datuk Idris tadi ialah: Najib ketika itu telah memberi pengorbanan yang paling besar atas nama kesetiaan kepada Dr. Mahathir sehingga dapat beliau mentadbir negara selama 22 tahun seterusnya.

“Apakah Dr. Mahathir mengetahui mengenai kisah itu? Mahathir tidak tahu…” kata Idris.
Najib telah menyelamatkan nyawa politik Dr. Mahathir.

- klik iklan -
-klik-klik iklan-

Berita berkaitan

7 sekeluarga dijangkiti Covid-19 akibat terawih di masjid

Tujuh sekeluarga disahkan positif virus Covid-19 yang berpunca daripada ketua keluarga bersolat sunat tarawih di masjid. Kompas melaporkan, keluarga dari daerah Joyontakan, Solo itu terdiri...

Jururawat hamil dirogol ketika menunggu bas untuk pulang selepas tamat shif rawat pesakit Covid-19

SEORANG jururawat yang sedang hamil menceritakan detik-detik ngeri yang dihadapinya selama 45 minit sewaktu dirogol ketika sedang dalam perjalanan pulang selepas selesai merawat pesakit...

Tak hirau perintah berkurung, kawasan pantai tiba-tiba dipenuhi kondom

SEGELINTIR individu di Scotland dilihat tidak mengendahkan perintah berkurung yang dikuatkuasakan untuk mengekang penularan Covid-19. Sebaliknya, berlaku penemuan mengejutkan apabila banyak kondom, gel pelincir serta...

[Video] ‘Lockdown’ Kota Madinah mula dilonggarkan

Kerajaan Arab Saudi mula melonggarkan 'lokdown' di kota Madinah. Penduduk kini dibenarkan keluar dari kediaman mereka antara jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang. Menurut Arab...

81 COMMENTS

  1. Mahathir tak kasih ini semua..bapa Najib pernah tolong dia,utk Mahathir kepentingan utama ( Priority ) famili dan kroni saja..lain semua bolih mampus…Jangan buang masa dgn cerita lama-lama

  2. MAHAZALIM BOLEH KHIANATI SESAPA SAJA. AGONG PUN DIA BOLEH DERHAKA‼️ISLAM PUN DIA BOLEH PERKOTAK KATIK KAN‼️ RAKYAT PUN DIA BOLEH KENCING HARI2 DENGAN FITNAH‼️
    INIKAN PULAK ORANG YANG MENOLONG DIA⁉️⁉️
    TUN RAZAK BERI KEPERCAYAAN PADA MAHAZALIM HINGGALAH ANAK DIA .. DSNAJIB MENYOKONG MAHAZALIM… TAPI BILA KUBUR KATA LAI2 MAHAZALIM MASIH BELUM NAK BERTAUBAT ATAS SEMUA DIA LAKUKAN MALAH FITNAH TERDASYAT MAHAZALIM NI CIPTA UNTUK PEMIMPIN LAMA DAN RAKYAT PERCAYAKAN FITNAH NI‼️‼️
    Now ada rakyat yang TERDUDUK dengan MEMANGKAH PAKATAN HANCING‼️‼️‼️‼️

  3. Menteri sekarang suka buat kenyataan tanpa ada laporan 200-300 mukasurat yg digunakan menteri sebelum2 ini ..tiap perkara pasti akan ada kajian , statistik ,laporan ..ini adalah amalan biasa mana2 kementerian ,dan laporan kementerian tersebut boleh didownload untuk bacaan awam …

    Masalahnya menteri sekarang , laporan apa pun tak ada .tiba2 malaysia bangkrup

    Aku boleh bagi 20 buku kajian ,statistik ,laporan ditulis oleh kementrian malaysia ,bursa saham ,bank negara ,bank2 swasta ,bank2 luar negara ,bank dunia ,universiti tempatan dan luar negara ,syarikat2 swasta yang menyatakan ekonomi malaysia adalah bagus

    Aku cabar mahafiraun tunjukkan laporan 200-300 mukasurat satu buku sahaja yang menyatakan ekonomi malaysia teruk dan nak bangkrup

  4. ni baru betul kata umpama “melepaskan anjing tersepit”… dengan bangsa melayu dan parti yang menyelamatkan bontot dia berkali2 dia cari gaduh dan sanggup menganiaya rakan2 seperjuangan asal dia tetap berkuasa… tapi kini berubah daripada diktator kuku besi yang berkuasa kepada si penakut dan boneka pak turut yang sentiasa menurut perintah musuh lamanya seperti anjing peliharaan yang ditambat menjaga tuannya… hidup pada asalnya berbakti dan berjaya.. tetapi memilih jadi orang yang tamak, cinta pada dunia dan hamba pengikut dajjal yang sentiasa memporak-poranda dan meruntuhkan umat islam… moga dia mati dalam keadaan yang hina agar menjadi iktibar pada kita semua…

  5. 1983.. Musa Hitan
    1987.. Ghafar Baba
    1994.. Anwar Ibrahim
    1998.. Abdullah Badawi
    What the great of playmarker..ironinya setiap TPM yg diturunkan berakhir terus politik mereka kecuali DSAI

  6. Dari mula lagi madey memerintah mmg pelupa..dari Tun Musa Hitam..Tun Ghaffar Baba..DS Anwar sbg Tpm madey dah bertindak spt Keling Mabuk..buat salah lepas tu korbankan Tpm sbg Kambing hitam utk tutup kesalahannya..sekarang dia dah jadi babi panggang oleh komunis dapig..disalai hingga kecut dagingnya..kat dunia disalai panggang di Akhirat siap sedia la jadi kayu api memanggang si kafir dan yahudi..

  7. Suatu ketika dahulu ketika Tun dlm UMNO…Tun sendiri berkata sesiapa yg sokong dan bersama DAP…org itu ada lah pengkianat negara…tetapi sekarang perkara yg Tun ckp itu …terjadi pada Tun sendiri…dlm erti kata …ludah ke langit … jatuh ke muka sendiri…betul kata Tun …MELAYU MUDAH LUPA… cuma beza nya ialah dulu Tun bersama UMNO …tetapi kali ni Tun bersama Pakatan Harapan dan DAP…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

TERUSKAN BERSAMA KAMI

992FansLike
4,799FollowersFollow
3,326FollowersFollow
0SubscribersSubscribe

TERKINI

#PRKChini : Anak Najib Dalam Senarai Pendek Calon BN

Mohd Nizar menjadi ahli Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa...

PRK DUN Chini dan Muafakat Nasional

Ada beberapa RBA DAP cuba melaga-lagakan kerjasama BN-PAS dalam Muafakat Nasional dengan menyebarkan dakyah UMNO menindas Pas kerana mahu terus bertanding di #PRKDUNChini. Kononnya sudah...

Semua 26 Pati positif Covid-19 dipindahkan ke Maeps selepas lelaki Bangladesh bergari lari dari wad Hospital Sungai Buloh pagi Sabtu 

SERAMAI 26 pendatang asing tanpa izin (Pati) positif Covid-19 yang ditempatkan di Hopsital Sungai Buloh akan dipindahkan ke pusat rawatan di Taman Pameran Pertanian...

Gugur keahlian Dr M dan 4 lagi bukan tindakan terburu-buru, kata Muhyiddin

Beliau mahu berlaku adil kepada semua pihak dan memastikan apa saja tindakan perlu berlandaskan perlembagaan parti Mahathir bersama pengikutnya yang lain memilih untuk terus bekerjasama...

[Video] PKPB: Rentas negeri suami isteri berjauhan dibenarkan mulai Isnin

Perjalanan rentas negeri bagi urusan kecemasan dan pekerjaan, serta pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan akan dibenarkan semula bermula Isnin ini. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk...

Menteri kereta terbang masih dikuarantin, nafi adakan sidang media

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof menafikan laporan beliau akan mengadakan sidang media pada Jumaat. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya,...

[Video] Keahlian Tun M Terhenti Secara Undang-Undang – Hamzah Zainuddin

SETIAUSAHA Agung Bersatu Hamzah Zainuddin  hari ini tampil mempertahankan keputusan parti memberhentikan keahlian Dr Mahathir Mohamad dan empat ahli Parlimen parti yang lain, semalam. Katanya,...

Seorang menteri dari PPBM bakal umum letak jawatan petang ini?

Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi memaklumkan mengenai perkara...

Satu lagi “kejadian besar”? Mahathir tetap mahu jadi PM

Setakat ini, Dr. Mahathir masih mahu menjadi Perdana Menteri dan beliau tidak memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri atau Timbalan Perdana...

5 pesakit Covid-19 maut dalam kebakaran hospital

Lima pesakit koronavirus mati dalam kebakaran di sebuah hospital di Dhaka. Punca kebakaran masih belum diketahui, kata Pengarah Perkhidmatan Bomba, Zillur Rahman. Bagaimanapun, difahamkan kejadian itu...

SERING DIBACA

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Projek JUAL NEGARA oleh Rejim PH dah settle – jom kita bersorak dengan gembira

Dalam rundingan. Ramai yang minat. Sabar. Tapi mesti kasi settle. Syarikat lapangan terbang Malaysia Airports Berhad ada jual tak?

Mukhriz jual 72,600 saham dalam Opcom

Berikutan penjualan itu, Mukhriz, pemegang saham utama dalam syarikat itu, kini hanya memegang 34.89 juta saham atau 21.64 peratus kepentingan, kata Opcom dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Mahathir cadang cukai bagi perniagaan online

“Perniagaan dalam talian yang berurusan secara terus telah menyebabkan perniagaan konvensional terjejas dan kutipan cukai perniagaan juga berkurangan.

Azmin Ali di ‘pulau’ di perasmian Rumah Generasi Ke 2 Felda di Felda Palong

Yang hadir hanyalah wartawan, polis pengiring serta beberapa orang urusetia yg mengikuti rombongan tak diundang itu..

[Video] Penyamun bersenjata parang samun lapan sekeluarga

Siasatan awal mendapati terdapat enam penjenayah dengan menaiki sebuah kenderaan telah berhenti di luar rumah mangsa. 

Kes bebaskan 15 pendatang tanpa izin, enam anggota polis Hulu Selangor ditahan SPRM

“Kesemua anggota itu ditahan pada Rabu lepas bagi membantu siasatan berkaitan pembebasan 15 pendatang tanpa izin,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Rasuah bebaskan PATI: Hakim Mahkamah Sesyen pula ditahan SPRM

Tangkapan ini berkaitan dengan kes tangkapan sebelum ini melibatkan seorang peguam dan timbalan pendakwaraya dan beberapa anggota polis baru-baru ini.

Adib mungkin separa sedar ketika ditarik, kata saksi

Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu Muhammad Adib Mohd Kassim mungkin dalam keadaan separa sedar sewaktu ditarik keluar daripada van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ketika insiden rusuhan berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, tahun lepas.

Dakwaan gangguan seksual, wanita saman MP Sungai Siput

Indrani berkata, pada Mei lalu beliau pernah membuat laporan polis mendakwa Kesavan mengganggunya secara seksual sejak Disember lalu