PRN Sabah: PAS tiada kerusi kerana ketamakan PPBM - pakdin.my

Tak betul jika ada segelintir yang menyalahkan UMNO apabila PAS tidak diberikan sebarang kerusi dalam PRN Sabah.

1. Rundingan awal berlaku antara UMNO yang mewakili BN dan PPBM yang mewakili PN. Hasil rundingan itulah yang dibawa ke gabungan parti masing-masing untuk diagihkan kepada parti komponen. Dan disebabkan PAS adalah sebahagian daripada PN, kedudukan parti tersebut tertakluk kepada perbincangan dalaman gabungan tersebut

2. Kebanyakan kerusi yang diintai oleh PAS sebenarnya ditandingi oleh PPBM. Sebagai contohnya kerusi DUN Merotai yang asalnya kawasan tradisi BN, kini ditandingi parti tersebut. DUN ini adalah antara kerusi berpotensi PAS kerana mereka berjaya memperoleh lebih 1200 undi pada PRU14.

3. Alasan PAS tidak sesuai dengan sentimen tempatan sepertimana kenyataan pemimpin PN Sabah adalah sesuatu yang tak logik. PAS memperoleh lebih 13000 undi popular pada PRU14 di negeri tersebut berbanding SAPP yang hanya memperoleh 6000 undi popular. Tetapi SAPP diberikan 2 kerusi oleh PN

4. Ketamakan PPBM ini akan mengundang padah besar kepada sentimen pengundi Semenanjung. Betul, PAS kurang popular di Malaysia Timur dengan hanya memperoleh 24,000 undi di Sabah dan Sarawak pada PRU14. Tetapi parti ini juga memperoleh 1.98 juta undi di seluruh Semenanjung – lebih daripada cukup untuk membunuh terus hayat PPBM

5. Bayangkan sehingga ke saat akhirpun, parti tersebut sebenarnya masih mahu membolot lagi tambahan beberapa kerusi. Mujurlah Bung lebih awal mengisytiharkan kedudukan kerusi yang akan ditandingi BN bagi mengelakkan pertelagahan lanjut.

6. Apa yang berlaku ini sepatutnya sudah menjadi wake up call kepada PAS tentang bagaimana mereka dilayan di dalam gabungan baru. Sedangkan berdasarkan kekuatan semasa, PAS adalah parti yang sepatutnya mengetuai PN sepertimana UMNO memandu BN.

7. Jika sekiranya PPBM pada saat akhir pun masih enggan menyantuni kehendak kecil PAS Sabah, maka PAS perlu menilai semula kedudukan dan nilai mereka di dalam Perikatan Nasional. Sebuah parti berpengalaman tidak sepatutnya duduk lebih rendah daripada sebuah parti setahun jagung seperti PPBM.

8. Saya serius

#PerkasakanMuafakat

—-
Oleh: Abdul Rahim Hilmi Zakariya

UTAMAPILIHAN RAYAPRN Sabah: PAS tiada kerusi kerana ketamakan PPBM

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium