26.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 28, 2020

#PAU2018: UMNO telah keluarkan writ saman terhadap wakil rakyat keluar parti, tuntut kosongkan kerusi & bayar gantirugi

UMNO telahpun mengambil tindakan tegas terhadap beberapa ahli Parlimen yang meninggalkan parti itu dan menjadi wakil rakyat Bebas di Dewan Rakyat.

Menurut Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, writ saman telah dihantar kepada beberapa individu yang terlibat dengan perkara tersebut.

“Mutakhir ini, terdapat wakil rakyat UMNO melompat keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas. Saya akui amat sukar untuk menyekat mereka keluar parti. Tetapi demi menghormati kehendak ahli-ahli parti yang telah dikhianati, kita telah pun mengambil langkah drastik melalui tindakan undang-undang.


“Saya ingin menyatakan bahawa writ saman telah pun dihantar kepada beberapa individu terbabit. Kita menuntut bayaran balik yang melibatkan kos dan mereka juga perlu mengosongkan semula kerusi yang dimenangi atas tiket UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Mereka tidak lagi mempunyai asas moral untuk menjadi wakil rakyat. Kerusi itu milik UMNO! Kerusi itu milik penyokong BN!” tegas Ahmad Zahid di dalam ucapan dasarnya sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2018 sambil disambut sorakan para perwakilan.

Selain itu, semua wakil rakyat UMNO akan diminta untuk menandatangani satu akujanji supaya tidak meninggalkan parti.

“Semua wakil rakyat UMNO sekarang diminta menandatangani akujanji. Jika mereka keluar parti, sama ada menjadi ahli bebas atau pun menyertai parti lain, maka status mereka sebagai wakil rakyat terlucut secara automatik.


“Kita akan tuntut mereka membayar penalti dan ganti rugi,” katanya yang juga Pengerusi Barisan Nasional.

Sehubungan itu katanya, UMNO akan menstruktur semula Lembaga Displin parti untuk diberi lebih kuasa dan sebagai sebuah badan bebas.

Katanya, peranan lembaga itu akan diangkat menjadi lebih berwibawa dan mempunyai kuasa mutlak untuk mengambil tindakan.


“Lembaga ini akan dianggotai oleh ahli-ahli perundangan dan pakar-pakar penyiasatan profesional agar tindakan segera dan berkesan boleh diambil tanpa memilih bulu,” katanya.

……………
https://pakdin.my/tag/pau-2018

Berita Berkaitan

Kenyataan media keputusan mesyuarat MKT UMNO

Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada hari ini, 26 Oktober 2020 (Isnin) telah...

Ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini

Ahli-ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan darurat...

Muhyiddin jumpa presiden parti pro-PN, Zahid tak hadir

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan semua presiden parti yang menyokong Kerajaan Perikatan...

Perubahan Besar Berlaku Esok, Kata Shahidan

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim membayangkan satu perubahan...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan