“Pelaburan tertinggi dalam sejarah” merupakan penjualan aset negara - pakdin.my

Tony Pua akhirnya menjawab untuk boss dia.

Dia mengesahkan bahawa kebanyakkan dari pelaburan RM21.7 bilion yang Guan Eng puji adalah “pelaburan tertinggi dalam sejarah” merupakan penjualan aset negara.

Terutamanya, dia puji penjualan syarikat IHH Berhad dibina masa saya PM kepada Jepun dan menyebabkan syarikat Malaysia itu menjadi syarikat milik Jepun.

Dia kata penjualan ini merupakan pelaburan yang berkualiti tinggi.

“Aduhai…. takkanlah bekas Menteri Kewangan (Najib) tidak faham bahawa pembelian saham IHH yang disenaraikan di Bursa Malaysia merupakan satu pelaburan yang besar dan penting” kata Tony Pua dalam kenyataan akhbar dia.

Lebih parah lagi ialah Tony cuba membandingkan penjualah saham IHH Berhad itu dengan pelaburan US$7 bilion (RM30 bilion) oleh syarikat minyak Arab Saudi Aramco dalam satu projek dalam projek kompleks Pengerang.

Macam ini pun boleh?

Biar saya jelaskan perbezaan.

Syarikat IHH Berhad merupakan satu syarikat yang dah lama beroperasi dan untungnya semakin bertambah.

Projek yang dilabur oleh Saudi Aramco itu masih dalam PEMBINAAN semasa pelaburan dibuat.

Belum beroperasi lagi. Untung atau rugi pun belum tahu lagi.

Wang yang diterima oleh Petronas dari Saudi Aramco pula digunakan untuk membina projek-projek lain dalam projek kompleks Pengerang.

Apa lagi yang kita dapat dari pelaburan Aramco itu?

Aramco juga menjamin bahawa mereka akan membekal sekurang-kurangnya minyak mentah yang diperoleh dan akan membeli 50% dari hasil keluaran projek itu.

Apa yang kita dapat dari penjualan saham IHH Berhad kepada Jepun?

Hanya wang RM8.4 bilion masuk ke kerajaan PH untuk diguna entah di mana.

Syarikat yang merupakan kumpulan pusat perubatan kedua besar dalam dunia yang dulunya Malaysia menjadi syarikat Jepun.

Satu peluang pekerjaan baru pun tak dijanakan. Cuma jual saham sahaja.

Nampak perbezaan tak?

Atau masih mahu menegakkan benang yang basah?

Facebook Najib Razak

……………
Rujukan:
FDI daripada penjualan aset negara
https://pakdin.my/fdi-daripada-penjualan-aset-negara/

UTAMAPOLITIK"Pelaburan tertinggi dalam sejarah" merupakan penjualan aset negara

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium