Sunday - August 1, 2021 @ 09:31
POLITIKPerkhidmatan RELA ditamatkan 1 September

Perkhidmatan RELA ditamatkan 1 September

? ? ?

Tular satu surat rasmi dari Pejabat Sukarelawan Malaysia (RELA) tentang penamatan penugasan kawalan keselamatan bagi anggota RELA di pusat khidmat komuniti RELA di seluruh negara.

Surat rasmi itu yang bertarikh 30 Julai 2018 menyatakan semua penugasan anggota RELA yang berbayar ditamatkan berkuat kuasa 1 September 2018.

Menurut surat rasmi itu juga, sebanyak 98 pusat pusat khidmat komuniti yang akan terkesan dengan penamatan khidmat RELA tersebut.

Surat rasmi yang ditandatangani oleh Pengarah Bahagian Operasi, PjR Mohamad Razib bin Buhaini bagaimanapun menyatakan anggota RELA boleh meneruskan tugas-tugas yang tidak melibatkan elaun (kerja free).

Sebelum ini ketika pemerintahan di bawah Barisan Nasional, elaun anggota RELA telah dinaikkan daripada RM6 kepada RM8 sejam manakala RM7.80 kepada RM9.80 sejam bagi pegawai yang mana diumumkan oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Nampaknya 3.05 juta anggota dan pegawai RELA di seluruh negara berputih mata dengan arahan yang dikeluarkan ini? Terimalah dengan hati yang terbuka. Malaysia telah memilih.

Perkhidmatan RELA ditamatkan 1 September

Berkaitan:

24 COMMENTS

  1. Mulai 1hb Sept buatlah tugas dengan rela tanpa sebarang bayaran elaun, kerana kerajaan sekarang berpendapat daripada bayar elaun kepada angguta RELA yg menjalankan tugas adalah lebeh baik wang berkenaan dimasukkan dlm tabung harapan untuk menyelamatkan Malaysia. Ha ha ha….?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here