#PRKCameronHighlands: Diugut? Ini Jawapan Tok Batin !! - pakdin.my

‘Kalau dia cabar depan aku berhenti hari ini juga’

Beberapa Tok Batin Orang Asli membidas seorang senator PKR berhubung amarannya bahawa mereka mungkin kehilangan gaji dan jawatan jika tidak mengundi kerajaan persekutuan pada pilihan raya kecil 26 Jan ini.

Bercakap kepada Malaysiakini selepas sesi dialog dengan tok-tok Batin di kubu BN di Pos Betau, Jelai, ketua Kampung Tanjung Belida, Batin Apam Pak Adui berkata senator Bob Manolan Mohd telah memperlekehkan mereka serta tidak layak menjadi pemimpin.

“Tak sedap! Seolah-olah macam itu nak jadi pemimpin, tak boleh.

“(Ini) bermakna (dia) menjatuhkan (maruah) seorang batin itu. Kalau dia cabar depan aku berhenti, aku berhenti hari ini juga. Letak jawatan, tak pergi mengundi….

………..

‘Tok Batin tak sokong PH, jangan bayar gaji dia’

Ketua-ketua kampung Orang Asli atau Tok Batin di Cameron Highlands mungkin kehilangan gaji dan jawatan mereka jika tidak mengundi kerajaan persekutuan pada pilihan raya kecil 26 Jan ini.

Amaran itu dinyatakan senator PKR, Bob Manolan Mohd pada sesi dialog dengan Tok-tok Batin di kubu BN di Pos Betau, Jelai pagi ini.

“Batin ini memang dibayar oleh kerajaan pusat, maka itu Batin kena sokong Pakatan Harapan. Tak sokong kita buang.

“Mana-mana batin yang tak sokong kerajaan kita tak bayar gaji dia, betul? Jangan bayar gaji dia.

“Kita bayar gaji dia, dia tak sokong kita, buat apa kita bayar gaji dia,” katanya.
https://www.malaysiakini.com/news/459816

………

Lagi laporan PRK Cameron Highlands
https://pakdin.my/tag/prk-cameron-highlands

UTAMAPILIHAN RAYA#PRKCameronHighlands: Diugut? Ini Jawapan Tok Batin !!

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium