#PRU14: Mufti sudah ingatkan bahaya DAP [Video]

Berkaitan

Terkini

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman pernah menjelaskan sebelum ini bahawa DAP tergolong dalam kategori kafir harbi dan wajar ditentang.

Manakala Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja), Dr Zamihan Mat Zin menyatakan adalah haram bagi umat Islam menyokong atau mengundi parti yang menolak hukum Islam dan mengamalkan prinsip anti-Islam.

7 Ogos 2012, Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Tok Guru Abdullah Sa’amah menegaskan adalah ‘Haram, berdosa undi DAP’ kerana DAP secara secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.

Dengar ini apa Mahathir sebut kalau DAP yang menguasai kerajaan Malaysia. Semua orang DAP akan kuasai kementerian dan agensi kerajaan. Lihat video ini :


 

Lihat video:
Evrop_faieY

Mahathir yang kata DAP ini dulu parti chauvinis, Kit Siang adalah nombor 1 rasis dan DAP adalah parti perkauman. Kini Mahathir sudah bertukar, lupa dah siapa DAP yang dia kata dulu. Betullah apa Rafizi kata pada Mahathir dulu, “Mahathir ini lidah bercabang”.

Lim Kit Siang yang juga penasihat DAP pernah berkata, Mahathir manusia yang rasis. Kini mereka duduk semeja kerana hendak tumbangkan BN dan kerajaan Islam di Putrajaya.

Secara terangan, Nga Kor Ming mempersenda umat Islam semasa hari raya tahun 2016 dengan mengatakan pemberian duit raya sebagai rasuah. Kenapa DAP hendak hina umat Islam sedangkan pemberian duit raya sudah menjadi adat turun temurun masyarakat Melayu di negara ini.

Suatu ketika dahulu tahun 2008, Teresa Kok merupakan ahli parlimen Seputeh dari DAP yang telah membantah papan tanda tulisan jawi di ibu negara.

Hew Kuan Yau antara aktivis ‘Superman DAP’ pernah berkata tahun 2016 Aziz adalah skrew bagi orang Melayu yang dipergunakan DAP. Hew juga pernah berkata dalam ceramah dia pada tahun 2017, bahawa orang Melayu bodoh dan telah dipukau UMNO, sedangkan pada hakikatnya DAP lah yang mempergunakan Aziz untuk memukau orang Melayu.

Terbaru Nga Kor Ming sanggup berdoa agar Mahathir tidak mampus lagi untuk perkudakan sebagai umpan undi Melayu. Nga Kor Ming siap cakap lagi selepas PRU14, mungkin boleh cakap “bye bye” pada Mahathir. Lihat video ini :


 

Lihat video:
FGOITZQ4Zyg

Hati hati dengan DAP, mufti dan ahli agama sudah pesan. Ustaz Kazim Elias pun berkali kali pesan bahayanya menukar kerajaan yang sedia ada. Memang DAP bahaya dan musuh kepada umat Islam.

Orang Melayu dan Islam perlu #BersamaBN #HebatkanNegaraku. Tolak DAP, musuh Islam dan musuh orang Melayu.


 

Lihat video:
juujLps4Fnk

Rujukan:
https://pakdin.my/dap-mahu-saman-jaip-khatib-khutbah-aidiladha/
https://pakdin.my/khutbah-aidiladha-jaip-tidak-akan-mohon-maaf-kepada-dap/
https://pakdin.my/khutbah-aidiladha-saya-tidak-akan%e2%80%a8-tunduk-dengan-ancaman-dap-mufti-pahang/

#BersamaBN
#HebatkanNegaraku
#DahulukanRakyat
#UndiBN

  1. KALAU TAK SAYANGKAN AGAMA, PERKARA BERIKUT BAKAL TERJADI… DAH PERNAH DI TUNTUT SATU MASA DULU. FIKIR AGAMA ANAK CUCU KITA….
    KALAU PH ISLAM AKAN JADI LEMAH SELEMAH- LEMAHNYA…

    REFRESH!!
    14 Tuntutan Majlis Peguam melalui Inter Faith Commission IFC. Sayugia diingatkan kepada semua bahawa Majlis Peguam lebih condong kearah Pakatan Rakyat. S.Ambiga adalah Pengerusi Majlis Peguam semasa tuntutan ini dibuat.

    Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
    Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh… dikenakan tindakan undang-undang.
    Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.
    Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
    Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.
    Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.
    Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
    Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
    Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
    Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
    Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
    Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
    Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
    Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

    Inilah perjuangan Ambiga yang sedang mendapat sokongan daripada orang PKR di dalam Negara kita hari ini. Kalau inilah yang kita mahukan,marilah kita menyatakan sokongan tanpa berbelah bagi kepada Ambiga dan IFC. Maruah Islam di bawah tapak kaki si Ambiga!

    Sangguppppp???
    Queen Mama

    #hapuskanLGBT

Leave a Reply