Home / :: BLOG :: / RM2.6 bilion: Lim Kit Siang meroyan dengan pendedahan Najib
RM2.6 bilion: Lim Kit Siang meroyan dengan pendedahan Najib

RM2.6 bilion: Lim Kit Siang meroyan dengan pendedahan Najib

Hari ini, Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan bahawa saya tak sepatutnya keluarkan bukti dana 1MDB kerana kes saya masih di mahkamah.

Nampaknya Kit Siang tidak gembira apabila saya paparkan bukti-bukti itu.

Nampaknya Kit Siang sudah tersalah kes. Nasib baik bukan tersalah faham titik perpuluhan, salah faham dan hantam cukai ke atas barang basah, salah tarikh ataupun salah negara.

Untuk makluman Kit Siang, saya didakwa berkaitan SRC dan bukan 1MDB di mana saya yakin akan dapat mempertahankan diri dalam kes ini.

Justeru, saya berhak untuk mempertahankan diri dan beri penjelasan tentang tuduhan-tuduhan terhadap saya mengenai isu 1MDB.

Baru-baru ini, saya mencabar Kit Siang untuk mengakui bahawa beliau tahu saya sudah kembalikan wang yang disebut RM2.6b itu tetapi Kit Siang memilih untuk tidak menjawab.

Semalam saya telah memuatnaik dokumen-dokumen dari bank yang menunjukkan wang yang disebut ramai sebagai RM2.6 bilion ini telah dikembalikan kepada sumber sama yang menghantarnya.

Penjelasan saya mengenai RM2.6b ada dihantaran semalam di link ini: http://bit.ly/2MAIoag

Bila agaknya Kit Siang dan pemimpin-pemimpin PH akan mengakui bahawa saya tidak merompak, menyamun, mencuri dan menyimpan dalam poket wang RM2.6b ini untuk membeli cincin dan beg tangan?

Saya juga dapati pihak polis turut mengeluarkan kenyataan semalam bahawa RM2.9 bilion pernah masuk ke dalam akaun peribadi.

Namun, saya dapati mereka tidak menyatakan bahawa saya sudah memulangkan wang RM2.6b itu dan tidak menyebut bahawa sekurang-kurangnya US$200 juta ialah dari Kementerian Kewangan Arab Saudi dan dari Putera Faisal bin Turkey bin Al Saud.

Najib Razak

………….

http://pakdin.my/tag/raja-saud

RM2.6 bilion: Najib dedah bukti derma telah dipulangkan
http://pakdin.my/?p=78665

RM2.6 bilion: Lain saya cabar, lain dia tulis – Najib tempelak Kit Siang
http://pakdin.my/?p=78624

RM2.6 bilion: Kit Siang sembunyi fakta – Najib
http://pakdin.my/?p=78619

RM2.6 bilion: Najib dedah dokumen buktikan tuduhan Mahathir dan Sarawak Report fitnah semata-mata
http://pakdin.my/?p=78546

(Visited 48 times, 1 visits today)

Artikel berkaitan

9 comments

  1. Mak Ikin

    #⃣Si??? Kit Sial LAHANAT DAPIGJING da MCM cacing kepanasan kne cucuk ngn besi ?️?️N?️S…!!!!!

  2. Muhamad Syafiq Noh

    Din bacul tua meroyan dgn kekalahan Jibby sejak berakhirnya pru 14

  3. Mohd Affandi

    Macai ph takkan caya. Diorang lagi suka kencing atok

  4. Saidi Liasan

    Dokumen palsu saja ba ini….kalau benar sudah tentu Najib sudah perlihatkan kepada rakyat sebelum PRU 14…..masa itu Najib difitnah hebat,tohmahan memuncak dan menjatuhkan maruah Najib di mata dunia….kenapa Najib tak tunjuk pada masa itu?Jika sahih dokumen ini kenapa dikembalikan wang derma berkenaan?

  5. Rajaemi Rajaemi

    Terbaik dsn…semugo allah lindungi dsn..

  6. Mohd Azhar Omar

    Mcm kertas belacan..dahhhh
    Keh keh keh..

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.