32 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 23, 2020

Samy Vellu: Lebuhraya PLUS dimiliki oleh Mahathir dan geng?

Saya telah menulis sebelum ini mengenai perjanjian PLUS highway mengenai bagaimana ia telah dianugerahkan kepada pembida yang paling teruk dan diberikan semua faedah melalui pinjaman dan jaminan untuk memastikan ia akan menguntungkan.

https://pakdin.my/projek-lebuhraya-utara-selatan-di-anugerah-kepada-pembida-tertinggi/

Daripada 870km lebuh raya, UEM dibayar untuk membina 500km dan diberi percuma 370km yang telah siap dibina menggunakan dana awam diberikan hak untuk mengutip tol selama 30 tahun (termasuk lanjutan tempoh).

Sebenarnya. hampir 370km daripada 870km lebuh raya Utara Selatan itu sudah dibina sebelum Mahathir menjadi Perdana Menteri dan sebelum ia diswastakan kepada PLUS.

Soalah menarik yang sepatut ditanya, mengapa projek lebuh raya 800km di Semenanjung padat dengan penduduk dibeban dengan kadar tol tinggi sedangkan lebuhraya pan-Borneo 2200km di rupa bumi yang mencabar tidak begitu ramai penduduknya di Sarawak bebas tol?. Mengapa Najib tidak melakukan perkara yang sama seperti Mahathir?.

Konsesi ini telah diberikan pada tahun 1986 kepada UEM dan ia akhirnya dimiliki oleh syarikat yang dipanggil Hatibudi.

Hati Budi tidak diketahui umum sebagai syarikat milik UMNO sehingga Julai 1987 apabila Samy Vellu menyatakan bahawa pemegang amanahnya termasuk Mahathir, Ghafar Baba, Daim Zainuddin dan Sanusi Junid (tidak hairanlah dia menjadi penyokong kuat Mahathir).

https://books.google.com.my/books?id=oe5fRjJdtB8C&pg=PA159&lpg=PA159&dq=samy+vellu+hatibudi&source=bl&ots=qakmjDdTWp&sig=r3ko83ec5zWN3foOXiZp_UhG9Ic&hl=en&sa=X&redir_esc=y#v=onepage&q=samy%20vellu%20hatibudi&f=false

Ini telah disahkan oleh Halim Said dalam kenyataan bersumpah di mahkamah.

Tetapi masalahnya ialah pada tahun 1988 apabila UMNO baru ditubuhkan, semua pemilikan ini berpindah milik ke tangan swasta. Setakat yang diketahui, tiada rekod menunjukkan bahawa PLUS atau saham Hatibudi pernah dikembalikan kepada UMNO.

Jadi, apa yang berlaku kepada semua wang ini, aset dan semua hasil tol yang dikutip sebelum ini? Di mana wang itu pergi?

Adakah ini bermakna bahawa setiap kali kita melalui lebuh raya PLUS suatu ketika dahulu, kita membayar tol terus ke poket Mahathir dan geng?

Sebelum ini Mahathir berkata perjanjian itu berat sebelah kerana beliau dan Kerajaan masa lalu adalah “bodoh”.

Mahathir akui kabinet beliau BODOH berkaitan perjanjian lebuhraya bertol

Pada tahun 2011, Kerajaan Najib melalui 51% Khazanah dan 49% KWSP terpaksa membayar RM33 bilion kepada pelabur swasta dan institusi kewangan untuk membeli balik PLUS bagi mengelak kadar tol meningkat – selepas UEM terpaksa menjual PLUS kepada pelabur pada awal tahun 2000. .

https://pakdin.my/tol-lebuhraya-perjanjian-berat-sebelah-antara-mahathir-dan-kroni-menyebabkan-tempoh-konsesi-berlanjutan/

Adakah anda fikir Kerajaan sekarang perlu membentuk Suruhanjaya DiRaja atau (RCI) meminta Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) untuk menyiasat ini?

Setakat yang saya sedar, tidak pernah ada laporan Ketua Akauntan Negara, RCI atau laporan PAC mengenai isu PLUS ini.

—-
http://www.reuters.com/article/plus-expressways-uem-khazanah-idUSL3E7MH02H20111117

TOL-1

Berita Berkaitan

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

700 Bekas Ahli Parti PAN Sertai UMNO

LABUAN – Seramai 700 bekas ahli Parti Amanah Negara (PAN) Labuan menyertai UMNO Labuan...

Rakyat Dah Tak Percaya Mahathir, Populariti Merudum Teruk – Husam Musa

Bekas Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Husam Musa berkata, populariti Tun Dr...

Husam: PAN parti diktator, lebih senang merujuk kepada DAP

Antara bekas pemimpin PAS yang ghairah dengan idea penubuhan PAN bagi kononnya menggantikan peranan...

PAS Sebagai ‘King Maker’ Jadi Kenyataan – Presiden PAS

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendedahkan bahawa rancangan membawa pendekatan...

MCA sebahagian daripada BN, tegas Wee

MCA adalah sebahagian daripada komponen Barisan Nasional (BN), kata Presidennya Datuk Seri Dr Wee...

Shahril Hamdan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menjadi pemimpin ke-2 parti itu yang disahkan positif Covid-19 minggu ini, selepas pulang dari Sabah. Sumber parti itu pada Isnin...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,344PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan