30.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, January 21, 2021

UMNO Pertimbang Keluar Kerajaan Perikatan Nasional

UMNO pertimbang untuk keluar dari Perikatan Nasional (PN) dan akan memberikan syarat baharu sekiranya ingin meneruskan kerjasama.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan melalui satu kenyataan sebentar tadi.

“UMNO membuat pertimbangan untuk menarik dari menyokong Perikatan Nasional dan akan memberi syarat baharu kepada kerajaan Perikatan Nasional bagi meneruskan kerjasama politik secara perjanjian bertulis untuk dilaksanakan secepat mungkin.

“UMNO akan mencadangkan kepada Jawatankuasa Pemandu Muafakat Nasional (MN) agar Muafakat Nasional di daftar segera sebagai sebuah gabungan politik yang sah,” katanya memetik kenyataan tersebut.

Perkara itu diputuskan selepas UMNO mengadakan mesyuarat biro politik majlis tertinggi parti itu yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi.

Ahmad turut memaklumkan parti itu memandang serius akan perkara itu bagi memastikan kestabilan politik dan ekonomi dapat ditingkatkan.

“UMNO berpandangan kestabilan politik sangat penting dan pertumbuhan ekonomi mesti ditingkatkan. Sebarang keputusan UMNO lakukan adalah untuk manfaat rakyat, agama, bangsa dan negara.

“UMNO akan terus berjuang demi kepentingan rakyat untuk memastikan pandemik Covid-19 dapat ditangani oleh kerajaan dan pihak yang berkaitan dengan berkesan demi kesejahteraan rakyat dan negara,” ujarnya.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.