24.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 26, 2020

[Video] Kemalangan Bas Kilang: 2 Pemandu Bas Ditahan, Identiti Mangsa Maut Diketahui

 

 

https://youtu.be/InFsekHcHJQ

JURU: Dua pemandu bas kilang warga tempatan yang terbabit dalam kemalangan maut di Kilometer 147 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berdekatan Plaza Tol Juru, pagi tadi, ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid, penahanan juga dibuat bagi membolehkan ujian saringan air kencing dan sampel darah diambil untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian jam 5.50 pagi itu, lapan penumpang maut manakala 33 lagi cedera dalam nahas membabitkan dua bas kilang dan van.

Nik Ros berkata, tujuh mangsa yang maut disahkan sebagai warga Indonesia, manakala seorang adalah warga tempatan.

Mangsa yang cedera kini dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ), Hospital Bukit Mertajam (HBM), Hospital Sungai Bakap (HSB) dan Hospital Pulau Pinang (HPP).

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, identiti empat pekerja kilang warga Indonesia yang maut dalam nahas pagi tadi, sudah disahkan Pejabat Konsulat Jenderal Republik Indonesia di Pulau Pinang.

Wakilnya, Iwanshah Wibisono, berkata mangsa dikenal pasti sebagai Resni Temangger, Yeni, Serlia dan Kris Pratiwi berdasarkan pasport dimiliki.

“Daripada tujuh warga Indonesia yang terkorban, empat sudah selesai dibedah siasat.

“Kita juga sudah menghubungi waris mangsa dan berusaha supaya mereka dapat datang ke hospital untuk proses pengecaman mayat serta urusan pengebumian,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Seberang Jaya (HSJ) , hari ini.

Iwanshah berkata, kos pengangkutan dan pengurusan jenazah akan ditanggung pihak pengurusan kilang terbabit.

Berita Berkaitan

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MPS sita pejabat Azmin, Hilman

Pejabat ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan