25 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 26, 2020

[VIDEO] PAK LAH: MUHYIDDIN HANCURKAN HATI SAYA

Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa menunjukkan sikap `tidak setia’ apabila beliau secara terbuka mahu mencabar Tun Abdullah Ahmad Badawi bagi jawatan presiden Umno dan perdana menteri.

Di dalam buku biografinya `Being Abdullah Ahmad Badawi’, bekas perdana menteri itu juga mengkritik Muhyiddin atas kelakuannya hingga membawa dirinya keluar sebagai presiden Umno dan perdana menteri.

“Ramai kawan-kawan berkata saya sepatutnya pecat Muhyiddin. Apa yang dilakukannya adalah tidak wajar bagi seorang menteri kanan. Apa yang beliau katakan adalah sangat buruk. Dia tidak setia,” katanya.

Menerusi biografi itu, Abdullah turut menyatakan kepada rakan-rakannya bahawa hatinya telah dihancurkan oleh tindakan Muhyiddin.

Pada November 2008, Abdullah yang berada dalam tekanan terpaksa melepaskan jawatan berikutan keputusan pilihan raya pada tahun berkenaan yang kurang memberangsangkan.

Pada November 2008, Muhyiddin menyatakan hasratnya untuk bertanding jawatan Presiden atau Timbalan Presiden untuk memberi tekanan kepada Najib mencabar kepimpinan Pak Lah.

Penulis biografi, Datuk Wong Sulong menjelaskan bahawa Pak Lah memberitahu rakan-rakannya bahawa “hatinya remuk” akibat tindakan Muhyiddin.


“Kemudian, Muhyiddin mencuba sedaya upaya untuk memohon maaf kepada Abdullah,” kata Wong.

Jelasnya, bekas pemimpin UMNO yang dipecat itu hanya berjaya memohon maaf kepada Pak Lah pada Perhimpunan Agung UMNO 2009.

Beliau seterusnya diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas Pak Lah melepaskan jawatan dan Najib diangkat sebagai perintisnya.

Kini, setelah dipecat dari UMNO, Muhyiddin menubuhkan parti sendiri bersama Dr Mahathir membentuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Muhyiddin bertindak sebagai Presiden manakala Dr Mahathir diangkat sebagai Penasihat parti.

20161103-muhyiddin-hancurkan-hati-pak-lah

Berita Berkaitan

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

UMNO kekal fokus pentingnya Gencatan Politik – Keputusan mesyuarat MKT UMNO

KENYATAAN MEDIA Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengambil keputusan: 1. UMNO terus kekal fokus...

Komen

  1. Kita mmg tahu mcm mana sakit hati Pak Lah setelah dijolok, dikait oleh Midin yg tak sabar sabar nk Pak Lah berundur..Asyik asyik keluar paper suruh Pak Lah letak jawatan…Semua orang tahu.Mukriz pun sama..satu team sbb Tun M yg suruh. Allah maha adil, mcm mana sakit hati Pak Lah sekarang kau pulak rasa. Pak Lah ni jujur dan ikhlas dan tak tamak kuasa. Tak mcm Midin, tk boleh terima kenyataan.

    • Songlap tang mana? DOJ kata takda apa-apa duit 1MDB hilang hahahaha…. dulu anjing ternakan Madey Kutty Keling Kerala, Din Bottox menyalak kata nk bogelkan PM dgn isu 1MDB apasala tetiba senyap, last2 Din Bottox anjing kena tendang dengan Madey Kutty Keling Kerala

  2. Muhiddin ni mmg dari Johor dulu pun kami tak suka. Baper banyak tanah kolej2 komuniti dia jadikan kondo.. yayasan pelajaran johor pun dikecilkan peranannya.. senang cakap dia mmg jenia gunting dlm lipatan.. now dgn parti baru. Lepas tu sailang tun M pulak.. tgk je la. Org takde pendirian n tak geti sabar mmg mcm ni. Babi btol…

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...