Home / :: BLOG :: / [Video]Konvensyen pembangkang N Sembilan kecoh, PPBM diberi cuma 6 kerusi

[Video]Konvensyen pembangkang N Sembilan kecoh, PPBM diberi cuma 6 kerusi

Parti cap Bunga kena sedar diri lah. Korang tu melukut je,kena ikut cakap abang besar DAP.


https://youtu.be/U49PWSeP2Jk

SEREMBAN: Konvensyen Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan di sini, kecoh apabila akar umbi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), tidak puas hati dengan pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu.

Lebih 50 ahli melaungkan perkataan ‘ini tidak adil’ beberapa kali dari bahagian belakang dewan sebaik Presiden PH, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail selesai berucap.

Malah ketika sidang media di hadapan pentas bersama Wan Azizah; Naib Presiden PH, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng, serta pemimpin pakatan pembangkang negeri, kumpulan itu turut membuat gangguan.

Sebelum itu, Ketua Setiausaha PH, Datuk Saiffuddin Abdullah mengumumkan pengagihan 36 kerusi DUN iaitu 12 milik PKR, DAP (11), Parti Amanah Negara (tujuh) dan PPBM (enam), manakala bagi Parlimen setiap parti mendapat dua kerusi.

Sementara itu, Ketua Pemuda PPBM negeri, Mohd Shahrul Anuar Abu Samah ketika ditemui berkata, lapan bahagian parti itu tidak berpuas hati dengan pengagihan kerusi yang dibuat pusat, kerana dilakukan tanpa perbincangan dan pengetahuan peringkat negeri.

Katanya, walaupun akur dengan jumlah kerusi hanya enam berbanding jangkaan mereka 10 kerusi, semua kawasan yang diberikan sukar untuk menang.

“Semua kerusi yang diberikan iaitu Palong, Seri Menanti, Chembong, Gemencheh, Pertang dan Bagan Pinang adalah ‘kawasan hitam’ iaitu kerusi yang tidak diinginkan parti lain.

“Kami dijadikan bahan uji kaji kerana parti mahu mendapatkan lebih banyak kerusi di negeri lain. PPBM Negeri Sembilan kini menjadi mangsa keadaan,” katanya.

Mohd Shahrul berkata, Mukhriz yang sempat berjumpa mereka bagi meleraikan kekecohan yang berlaku sebelum itu, sempat memaklumkan kepada mereka yang pengagihan kerusi itu tidak akan berubah dan sudah muktamad.

“Kami akan mengadakan perbincangan dan minta pusat mengkaji semula pengagihan kerusi ini. Kami hanya mahu menang, tetapi jika ini diteruskan saya tidak nampak cara untuk menang,” katanya.

Katanya, berdasarkan tinjauan yang dijalankan, pihaknya yakin jika diberikan tempat di Labu, Chembong, Paroi, Linggi, Pilah, Jempol, Jeram Padang, Seri Menanti, Palong dan Gemas, parti itu boleh menang di hampir semua kerusi.

(Visited 4 times, 1 visits today)

Artikel berkaitan

Check Also

Hamzah Zainuddin mengaku menjadi broker 36 Ahli Parlimen BN melompat

Hamzah Zainuddin mengesahkan beliau adalah broker 36 ahli Parlimen BN menandatangi surat menyokong Mahathir sebagai …

9 comments

  1. Mohamed Zuhri Amir

    Ahli ppbm plk kne main dgn madey…???

  2. Ahmad Ibrahim

    DAP tak percaya Dr Mahathir

  3. Abdul Khalid Khalid

    Sudah sudahlah tu bersatulah kembali dibwh naugan UMNO agar perpaduan kembali teguh

  4. Jaafar Bakar Apai

    Jgn ikut pati yg mengarut ni

  5. Rizalman Rizal

    Amanah ke pkr dap bersatu..

  6. Shahrul Hisham

    Parti kau huru hara..boss kau kaki belit. Berpusing2 mcm gasing daa..kesian bangsa melayu…

  7. Aziah Azie

    Wahai saudara2 sekelian, cukup lah di permain2 kan oleh pemimpin yg tamak kan kuasa, mari lah kita kuat kan ikatan kita bangsa melayu, sejunjung bak sirih seikat bak serai ,semoga kita bertambah kuat.

  8. Pia A. Ghani

    Kuang..Kuang… Kuang…Ingat musical chair, boleh rebut2? Parti lain dah bertahun2 membangkang…yg si bunga taik ayam baru setahun dah byk tuntut nya? Oh..iya yak iya..parti ppbm, parti nya Madey, kan? Yg anak nya pegiran boboi.. ke, Rohingya yg motong getah tu? La…confuse lah pulak.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: