24.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 5, 2020

Warisan punca peningkatan Covid-19, bukan GRS atau saya – Musa Aman

Saya berasa terpanggil menulis surat ini bagi menjelaskan punca sebenar peningkatan kes Covid-19 di Malaysia dan membuka mata rakyat terhadap pembohongan dan fitnah yang didalangi jentera propaganda Warisan Plus.

Warisan Plus wajar mengakui punca sebenar peningkatan kes Covid-19 di Sabah dan seluruh negara, bukannya menyalahkan saya dan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Sekiranya Warisan Plus memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah lalu, saya tidak fikir mana-mana pemimpinnya akan menyentuh isu pandemik berkenaan.

Tidak berpuas hati dengan kekalahan mereka, hari ini kita dapat melihat pemimpin Warisan Plus dan Pakatan Harapan (PH) sewenang-wenangnya menuding jari termasuk pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, yang dengan mudah menyatakan cubaan saya menggulingkan Presiden Warisan Shafie Apdal, membawa kepada PRN.

Dalam usaha berterusan DAP untuk mengelirukan rakyat, ahli Parlimennya Teresa Kok, berkeras menyatakan PRN Sabah berpunca daripada saya, Musa Aman, kerana saya cuba menggulingkan kerajaan Warisan Plus dengan membentuk “kerajaan pintu belakang” dan seterusnya mendakwa tindakan saya sebagai “dosa utama” yang menyebabkan peningkatan kes.

Saya ingin mengingatkan Teresa Kok, PH dan Warisan Plus dan sesiapa saja pemimpinnya, bahawa pakatan dianggotai DAP, PKR dan Amanah yang menyokong penuh Shafie dalam menasihati TYT (Yang di-Pertua Sabah Juhar Mahiruddin) untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, bagi membolehkan PRN diadakan.


Shafie yang menyebarkan video bahawa beliau sanggup mati daripada menyerahkan kembali kuasa kepada saya. Ironinya, beliau yang lebih awal merampas pentadbiran kerajaan daripada kami selepas PRU-14.

Warisan Plus dan PH mesti berhenti membohongi diri sendiri dan rakyat mengenai siapa sebenarnya kerajaan pintu belakang di Sabah.

Shafie mendesak pilihan raya diadakan kerana menyedari beliau hilang keyakinan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun). Beliau sepatutnya bertindak sebagai seorang budiman, namun memilih untuk menasihati TYT supaya membubarkan DUN dan mengadakan pilihan raya walaupun menyedari kesan melakukannya di tengah-tengah pandemik.

Beliau boleh memilih untuk meletak jawatan secara bertanggungjawab atau membawa Sabah ke kancah pilihan raya ketika pandemik Covid-19. Beliau membuat pilihan yang jelas salah dan mementingkan diri sendiri.

Tidak seperti Shafie, menteri besar dan ketua menteri lain bertindak secara matang dan terpuji – mereka meletak jawatan. Tiada yang memilih untuk membahayakan nyawa rakyat di negeri masing-masing.

Sejak pilihan raya lalu, Sabah dan seluruh negara menyaksikan peningkatan ketara kes jangkitan Covid dengan ratusan kes baharu setiap hari.

Saya berasa amat terkesan dengan perkembangan menyedihkan ini dan saya berpendapat beberapa penekanan mesti dibuat supaya keadaan sebenar diperjelaskan manakala rakyat boleh menilai sendiri siapa yang bertanggungjawab terhadap bencana ini.

Saya ingin menegaskan, tiada mana-mana 32 bekas wakil rakyat yang menyatakan sokongan terhadap saya untuk membentuk kerajaan negeri pada 29 Julai 2020 atau saya sendiri, pernah memohon DUN dibubarkan atau pilihan raya diadakan di tengah-tengah pandemik Covid-19.

Lebih penting, tiada mana-mana antara 32 wakil rakyat itu atau saya mempunyai kuasa untuk meminta DUN dibubarkan.

PRN itu berpunca daripada nasihat yang salah untuk membubarkan DUN.

Mengambil kira ancaman terhadap nyawa rakyat Sabah, kami mengarahkan peguam supaya memohon penangguhan pilihan raya kerana adalah berbahaya untuk mengadakan pilihan raya dalam suasana pandemik berleluasa.

Peguam utama kami merayu dengan panjang lebar di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, memohon mahkamah membenarkan penangguhan kerana kami tidak mahu membahayakan nyawa rakyat.

Bagaimanapun, peguam mewakili bekas ketua menteri dan kerajaan negeri Sabah keras menentang kami dan menyifatkannya sebagai hujah terdesak untuk menghalang pilihan raya. Saya menolak keras dakwaan bahawa ia adalah hujah terdesak.


Dalam hal ini, Shafie mesti memberi penjelasan kepada rakyat Sabah mengapa peguamnya menolak permohonan penangguhan pilihan raya ketika pandemik.

Rakyat Sabah berhak mendapat penjelasan daripada pentadbiran negeri terdahulu mengapa DUN dibubarkan dan PRN diadakan ketika suasana pandemik Covid masih berleluasa.

Jelas, peningkatan mendadak kes jangkitan Covid adalah berpunca daripada mereka yang menyebabkan pilihan raya dengan membubarkan DUN.

Saya menolak keras fitnah melampau dan tuduhan tidak berasas yang dibuat terhadap mereka yang menyokong saya dan diri saya, kononnya kami menjadi punca peningkatan kes pandemik Covid-19 di Sabah dan seluruh negara.

Musa Aman ialah bekas ketua menteri Sabah

Berita Berkaitan

Peja tumbang kerana beberapa perkara tidak disenangi UMNO – Najib Razak

Penunggang Agama (PAS) dan Penunggang Bangsa (PPBM) mula membuat propaganda UMNO mengkhinati bangsa kerana...

Peja ucap terima kasih dan “I Miss You Guys” khusus kepada rakan dalam kerajaan PH

Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu menyampaikan penghargaan khusus kepada Pakatan Harapan (PH) selepas...

MB Perak tumbang, kalah usul undi percaya

Usul undi percaya terhadap Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu yang diadakan di Dewan...

Berita ‘Umno buat soal selidik kemungkinan bekerjasama dengan PKR, DAP’ nak tutup sisatan semula video semburit

Berita yang di petik dari 'sumber' kononnya tetapi tidak pernah diketahui sumbernya sebenarnya berniat...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...