YANG RATIBNYA TERTEKAN DENGAN KOS SARA HIDUP MOGA DIMAKBULKAN DAPAT MERASAI HIDUP ZAMAN MAHATHIR - pakdin.my

Menurut Jabatan Perangkaan data pendapatan isi rumah, median pendapatan bulanan ISI RUMAH pada tahun 1989 (27 tahun yang lalu) adalah RM816 sebulan.

pada masa itu, kereta yang termurah boleh dibeli adalah Proton Saga 1.3 pada harga RM17,575.

Ini bermakna bahawa harga kereta termurah adalah 21.5 kali daripada purata pendapatan isi rumah.

Petrol RON92 adalah RM1.06 (Mahathir mengenakan cukak petrol 52sen seliter ketika itu). Tidak ada RON95 ketika itu.

Jadi untuk mengisi petrol tangki 40 liter, adalah sebanyak RM42.40.

Oleh itu, purata isi rumah ketika itu perlu untuk menghabiskan 5.2% daripada pendapatan bulanan mereka untuk mengisi penuh minyak kereta mereka ketika itu.

Beralih ke tahun 2014 di mana median pendapatan isi rumah kini RM4,585 sebulan (melonjak dari RM2,830 pada tahun 2009).

Kereta paling murah anda boleh beli sekarang adalah Perodua Axia pada harga RM24,600.

Bukan sahaja kereta ini mempunyai ruang dalaman sebagai yang lebih selesa berbanding kereta Proton Saga tahun 1989, spesifikasi juga lebih baik, lebih selamat dan juga lebih ekonomi penggunaan bahan api.

Pada harga ini, bermakna bahawa kereta termurah adalah 5.36 kali berbanding purata pendapatan bulanan isi rumah – perbezaan yang Besar berbanding dengan 21.5 kali pada tahun 1989.

Harga petrol pada akhir 2014 adalah RM2.26 seliter untuk RON95 (bukan RON92) – maknanya mengisi 40 liter berharga RM90.40 tetapi ini hanya 1.97% daripada pendapatan bulanan – berbanding 5.2% pada 1989.

Menurut angka yang dikeluarkan oleh NAPIC, rumah berharga RM100k pada tahun 1990 akan sama dengan RM433.4k pada 2014.

20161124-harga-rumah-1998-2014

Oleh itu, pada tahun 1989 rumah yang berharga RM100k adalah bersamaan pendapatan 122.5 bulan median pendapatan isi rumah.

Manakala pada tahun 2014, rumah berharga RM433.4k adalah bersamaan kos 94.5 bulan median pendapatan isi rumah.

20161124-kos-sara-hidup-bandingan-sekarang-zaman-mahathir


Rujukan:
http://www.epu.gov.my/sites/default/files/jadual%203%20-%20pendapatan%20kasar%20bulanan%20isi%20rumah%20penengah%20mengikut%20kumpulan%20etnik%2c%20strata%20dan%20negeri%2c%20malaysia%2c%201970-2014.pdf https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1750118128540307

UTAMAEKONOMIYANG RATIBNYA TERTEKAN DENGAN KOS SARA HIDUP MOGA DIMAKBULKAN DAPAT MERASAI HIDUP...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium