Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaPOLITIKMukhriz: Tindakan tegas terhadap...

Mukhriz: Tindakan tegas terhadap penjawat awam sabotaj kerajaan PH - pakdin.my

ALOR SETAR — Kerajaan negeri Kedah tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana penjawat awam peringkat negeri dan persekutuan sekiranya didapati cuba mensabotaj program pembangunan yang dirancang oleh kerajaan negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir, berkata pihaknya sudah mengenal pasti segelintir penjawat yang bukan sahaja aktif menyokong pembangkang malah ada yang didapati sanggup menggagalkan usaha pembangunan kerajaan.

Justeru, beliau memberi amaran kepada semua penjawat awam supaya tidak melibatkan diri dan bergerak aktif dalam aktiviti parti pembangkang termasuk menghadiri Perhimpunan Muafakat Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini.

“Pendirian kerajaan Pakatan Harapan (PH) bukanlah mahu memaksa semua orang sokong PH dan menolak pembangkang, soal kecenderungan politik masing-masing tidak dipersoalkan.

“Cuma kita tidak galakkan anggota atau jabatan kerajaan bergiat aktif (dalam politik pembangkang) sehingga menjejaskan pentadbiran kerajaan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pengerusi PH Kedah, di sini, malam tadi.

“Sebelum ini kita bersikap lembut dan berhemah, tapi kini saya beri amaran kami akan pantau mereka yang aktif dan kalau dah bagi amaran tapi masih aktif, kita akan ambil tindakan.

“Jangan buat aniaya kepada diri sendiri, dah tahu kerajaan kini adalah PH, mereka ada tanggungjawab sebagai penjawat awam dalam jabatan masing-masing,” kata Mukhriz.

Sementara itu, Mukhriz turut menyelar kenyataan kepimpinan UMNO dan PAS yang kononnya Melayu dan Islam kini berada dalam keadaan terancam di bawah kerajaan PH.

“Walhal UMNO dominan selama 60 tahun dan Melayu masih daif… Tak boleh nak salahkan PH yang baru berkuasa tidak sampai dua tahun,” katanya.

Beliau berkata penyatuan ummah antara PAS dan UMNO hanyalah untuk kepentingan politik semata-mata dan UMNO sebenarnya terdesak kerana kepimpinan tertinggi mereka bermasalah dan didakwa di mahkamah. — Bernama

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Rumput Stadium Bukit Jalil laku keras disimpan buat kenangan

Pengambilan ini terhad kepada empat petak rumput padang bagi setiap orang dalam ukuran 1 x 1 kaki dan orang awam diminta membawa bekas sendiri yang bersesuaian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163040

PKBM terima laporan gangguan seksual atlet berbasikal wanita

Kali terakhir kem berbasikal negara terpalit dengan isu gangguan seksual ialah pada tahun 1989 dan selepas itu kita sentiasa mengingatkan jurulatih dan pelumba basikal, supaya menjaga batasan masing-masing. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163030

[VIDEO] Kesilapan peguam punca Najib meringkuk dalam penjara, kata Hakim Besar Sabah dan Sarawak

Adalah tidak adil bagi bekas perdana menteri itu terpaksa menanggung akibat daripada kesilapan dilakukan peguamnya dalam prosiding rayuan kes membabitkan dana SRC International Sdn Bhd. - Datuk Abdul Rahman Sebli, Hakim Besar Sabah dan Sarawak BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163020

[VIDEO] Kangar dilanda ribut, rumah dan gerai bazar Ramadan rosak

Tinjauan mendapati, banyak premis jualan makanan dan minuman serta premis menjual pakaian bagi menyambut Aidilfitri rosak selepas bumbung dan gerai mereka diterbangkan angin ribut. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163010

Mahkamah jenayah Kuwait jatuhkan hukuman penjara 10 Tahun ke atas Jho Low

Pihak Pendakwa Raya juga mendakwa mereka sebagai “kumpulan penjenayah terancang" telah melakukan pengubahan wang haram dalam mata wang China, iaitu sebanyak 343 juta Renminbi (RM4.95 bilion), dan mengetahui bahawa dana itu adalah hasil daripada jenayah, kecurian wang dan pelaburan dana sovereign fund Malaysia. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162999

[VIDEO] Malaysia benam Hong Kong 2-0, tutup siri aksi persahabatan dengan bergaya

Ia kemenangan kedua skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon, dalam jendela perlawanan antarabangsa FIFA dari 20-28 Mac selepas mengatasi Turkmenistan 1-0 di venue sama, Khamis lepas. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162987

[VIDEO] MINDEF terima 50 ambulans, perkasa tahap perkhidmatan Kor Kesihatan ATM

Penerimaan aset-aset berkenaan adalah amat penting untuk mutu perkhidmatan Kor Kesihatan ATM dapat dipertingkatkan agar hal ehwal anggota akan terus menjadi keutamaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162976

Isteri maut, suami kritikal keracunan makan ikan buntal

“Siasatan dibuat mendapati, ikan yang dipesan mereka datang daripada seorang nelayan di Endau, Mersing dan diproses oleh pengedar di Batu Pahat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162963

[VIDEO] Pelukis pelan didakwa hantar komunikasi jelik

Muhammad Firdaus Embong, 39, selaku orang kena saman (OKS) didakwa menggunakan aplikasi Facebook 'Firdaus Embong' untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan teks yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162952

[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera

Akibatnya, sekurang-kurangnya 14 mangsa dcedera dan 5 daripadanya dikejarkan ke hospital berhampiran, akibat kecederaan parah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162939

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918