BERITAPOLITIKSelepas Pas, UMNO juga akan hadir Kongres Maruah Melayu?

Selepas Pas, UMNO juga akan hadir Kongres Maruah Melayu?

Ia dianjurkan selepas Himpunan Perpaduan Ummah yang menyaksikan Pas dan UMNO

Kelmarin Pas telah memberi restu kepada Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk hadir ke Kongres Maruah Melayu yang akan berlangsung Ahad ini di Stadum Tertutup Malawati Shah Alam.

Menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan, restu itu sebagai tanda jiwa besar Pas bagi mengukuhkan perpaduan ummah dan nasional dalam negara ini.

Hari ini UMNO juga dijangka mengumumkan keputusan untuk hadir ke kongres anjuran Universiti Malaya yang turut disertai beberapa institusi pengajian tinggi awam itu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijangka menyatakan pendirian parti selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi di Menara Dato’ Onn petang ini.

Sumber memberitahu, di peringkat awal lagi pihak sekretariat telah menyatakan hasrat menjemput presiden Pas dan UMNO untuk menyertai kongres tersebut dan telah pun mendapat persetujuan.

Semalam Ketua Eksekutif Sekreteriat Kongres Maruah Melayu, Profesor Emeritus Datuk Dr. Zainal Kling mengesahkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijemput sebagai tetamu kehormat atas kapasiti pemimpin Melayu.

Tiga univerisiti tempatan lain yang menyertai kongres iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Kongres ini juga mensasarkan sehingga 20,000 peserta dibuka hanya kepada orang Melayu tanpa mengira fahaman politik sama kerajaan mahupun pembangkang.

Ia dianjurkan selepas Himpunan Perpaduan Ummah yang menyaksikan Pas dan UMNO berkongsi pentas dan menandatangani Piagam Muafakat Nasional.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Melaka Maju, Sejahtera dan Berdaya Saing di Bawah Kepimpinan Ab Rauf Yusoh

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami