Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaPOLITIKPILIHAN RAYA#PrkTanjungPiai: PH tidak terganggu...

#PrkTanjungPiai: PH tidak terganggu kajian populariti Merdeka Centre - pakdin.my

Pakatan Harapan (PH) tidak terganggu dengan kajian populariti yang dibuat oleh sebuah badan kaji selidik sebaliknya akan terus bekerja keras dalam memastikan kemenangan pakatan itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai itu.

Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal, yang baru sahaja dilantik sebagai Pengarah Jentera PH bagi pilihan raya itu, berkata hubungan baik antara beliau bersama pengerusi parti-parti komponen serta masyarakat turut akan menghidupkan peluang pihaknya untuk menang di kawasan terbabit.

“Saya rasa peluang PH ada (untuk menang) kerana hubungan baik antara saya bersama pengerusi-pengerusi negeri (pengerusi parti komponen) dan masyarakat. 

“Malah kita juga telah mencapai 10 janji manifesto (janji digariskan sewaktu Pilihan Raya Umum ke-14 tahun lepas).

“Jadi, insyallah kita akan cuba semampu dan sebaiknya untuk memastikan kemenangan di Tanjung Piai,” katanya kepada pemberita selepas melawat Sportcity Mount Austin, yang merupakan salah satu venue Sukan Malaysia (SUKMA) 2020, di sini, hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika mengulas kajian Merdeka Centre yang mendakwa populariti PH telah menurun berbanding ketika merampas Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) Mei tahun lalu.

Dr Sahruddin berkata pihaknya sudah mengerakkan jentera untuk turun padang di kawasan Tanjung Piai dengan menumpukan kepada semua 27 pusat daerah mengundi (PDM). 

Berhubung isu terdapat pihak mempersoalkan tentang pelantikannya sebagai pengarah jentera PH bagi pilihan raya itu, Dr Sahruddin berkata beliau telah pun diberikan amanah untuk melaksanakan tugasnya, justeru itu adalah wajar untuk menumpukan tanggungjawabnya sahaja.

“Saya rasa saya dilantik kerana hubungan baik saya dengan semua pengerusi-pengerusi negeri (pengerusi parti komponen). Jadi saya rasa tidak ada isu. Amanah telah diberi dan sekarang waktunya untuk bekerja,” katanya. — BERNAMA

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

Tiga orang ditembak mati

Polis berkata lelaki bersenjata itu melepaskan tembakan secara rambang kawasan itu, menyebabkan dua orang maut dan dua lagi cedera, sebelum berlindung di sebuah rumah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162654

[VIDEO] Muhyiddin didakwa enam tuduhan guna kedudukan untuk suapan, terima wang haram

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162644

[VIDEO] Banjir: Tiga pegawai JKM terperangkap ketika hantar bantuan

“Hanya tuhan saja tahu perasaan kami ketika itu, Alhamdulillah bot itu menuju ke arah kami dan difahamkan mereka menerima maklumat dan segera ke lokasi bagi menyelamatkan kami,” https://pakdin.my/162633 ...................

Johari Sah Tanding Jawatan Naib Presiden

Pengesahan itu menjadikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu pemimpin keempat yang menyerahkan borang pencalonan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162621

Empat suspek ditahan atas pembunuhan 4 lelaki di selatan Thailand

Tiga mayat dengan kesan tembakan dalam sebuah kereta sedan yang ditenggelami air di Tasik Juerae. Kemudian satu lagi mayat yang turut ditembak mati ditemui di Sungai Kolok BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162611

[VIDEO] Laporan SPRM mengenai Hakim Nazlan diserahkan kepada Ketua Hakim Negara – Azalina

SPRM telah hantar laporan terhadap Nazlan Ketua Hakim Negara berhubungan pelanggaran peraturan di bawah Kod Etika Hakim 2009. Ini bermaksud memang ada pelanggaran dilakukan Nazlan berhubung kes SRC. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162601/?amp=1

[VIDEO] Jana Wibawa: Pengarah syarikat dari Pagoh didakwa minta, terima rasuah RM12.87 juta

Kesalahan itu dituduh dilakukan di syarikat miliknya di Kawasan Perindustrian Pagoh, Muar antara 20 Ogos 2021 sehingga 15 November 2022. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162588/?amp=1

Jana Wibawa: Ketua Penerangan PPBM antara dua individu didakwa di mahkamah

SPRM ketika ini sedang menyiasat dakwaan beberapa kontraktor terpilih didakwa mendepositkan wang tunai RM300 juta ke dalam akaun parti Bersatu sebelum dinafikan Ahli Parlimen Pagoh BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162557

Pegawai polis maut, empat lagi cedera dalam serangan bom di Bannang Sata, Yala

Sebutir bom dipercayai ditanam di tepi jalan diletupkan menggunakan walkie-talkie apabila pikap yang dinaiki mereka tiba di lokasi kejadian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162547

[VIDEO] Perikatan Nasional sombong tak dengar nasihat Agong

Pertikaian Nasional ni lupa yang BN asalnya memang taknak gabung dan mahu jadi pembangkang saja tapi hormat pada saranan YDP Agong agar kerajaan dapat dibentuk. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162514

[VIDEO] Ahmad Zahid beri penghormatan terakhir kepada ibu angkat

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk meluangkan masa selama kira-kira 20 minit bagi menziarah dan memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di kediamannya Taman Desa Bersatu, Hutan Melintang di sini. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162501

[VIDEO] Kerusi Batang Kali diisytihar kosong – Speaker DUN Selangor

“Maka, pada menjalankan kuasa saya sebagai Speaker DUN Selangor di bawah Perkara LXIX Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, saya dengan ini mengisytiharkan bahawa kerusi YB Harumaini adalah kosong berkuatkuasa dari 28 Jan 2023. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162490