UtamaPOLITIKZahid beri kuasa kepada...

Zahid beri kuasa kepada Johari singkir pengkhianat dalam UMNO - pakdin.my

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi kuasa penuh kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Johari Abdul Ghani untuk menyingkirkan pemimpin-pemimpin di peringkat bahagian dan cawangan yang menjadi pengkhianat di dalam parti itu.

Bercakap di pentas ketika merasmikan Konvensyen UMNO Wilayah Persekutuan yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini, Ahmad Zahid menegaskan, beliau akan memastikan nama-nama pengkhianat itu tidak ada lagi di dalam UMNO minggu depan.

Justeru katanya, beliau memberi mandat kepada Johari untuk mengambil tindakan drastik terhadap pengkhianat terbabit kerana mereka merupakan musuh dalam selimut yang tidak wajar diberi muka lagi.

“Sebab ketika mendapat ghanimah (ganjaran) mereka datang seperti semut datang pada gula. Sekarang ini kita tidak ada gula lagi.

“Datuk Jo (Johari Abdul Ghani) jangan tunggu, bagi nama walaupun saya tahu nama itu, tapi saya mahu saranan rasmi daripada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan bahawa orang-orang ini tidak harus bersama dengan kita lagi,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, individu terbabit tidak pernah membantu pun UMNO ketika parti berada dalam kesusahan selepas hilang kuasa pada pilihan raya umum (PRU) yang lalu.

Sebaliknya, individu itu melarikan diri terlebih dahulu meninggalkan perjuangan dan mahu merayakan kepayahan sebagaimana yang terpaksa diharungi oleh ahli-ahli UMNO yang lain.

Ujarnya, keputusan menyerahkan kuasa sepenuhnya kepada Johari untuk mengambil tindakan tegas terhadap pengkhianat terbabit telah diputuskan oleh jawatankuasa disiplin yang mana bukan sahaja tindakan boleh diambil di peringkat pusat malah, boleh dilakukan di peringkat perhubungan negeri-negeri.

Terdahulu ketika bercakap di pentas sama, Johari berkata, UMNO Wilayah Persekutuan bertekad untuk menghapuskan pengkhianat-pengkhinat yang enggan keluar daripada parti meskipun telah menyertai parti lawan.

Beliau berkata, pihaknya telah mengesan bahawa individu terbabit masih lagi berada di dalam parti meskipun mereka sudah didesak untuk meninggalkan UMNO. – MalaysiaGazette

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...

[VIDEO] Suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas

Cabul anak guru sendiri, suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas. Tindakan gila seorang remaja meraba dan mencium seorang kanak-kanak di...

[VIDEO] Bas persiaran terbalik, 1 maut, 46 cedera

PHETCHABUN: Sebuah bas persiaran dua tingkat terbalik di Lebuhraya 12 di daerah Nam Nao pada Ahad, membunuh pemandu dan mencederakan kesemua 46 penumpang. Kemalangan berlaku...