UtamaGAYA HIDUPRumah Gurita dipercayai tempat...

Rumah Gurita dipercayai tempat pemujaan… Boleh dilihat, jika dicari akan sesat - pakdin.my

Sumbangan untuk memastikan blog ini terus bersiaran: Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

BANDUNG, Indonesia menjadi destinasi popular dalam kalangan pelancong terutamanya dari Malaysia yang ingin membeli-belah di Pasar Baru, Gang Tamim dan Rumah Mode.

Tetapi di sebalik Bandung terkenal sebagai syurga beli-belah itu, terdapat juga kisah mistik menyelubungi dalam kalangan penduduk tempatan termasuk sebuah rumah banglo mewah dikenali sebagai Rumah Gurita.

Jika ada sesiapa yang pernah menginap di Hotel Grand Aquila Bandung pasti akan perasan rumah agam itu yang mempunyai replika sotong kurita gergasi pada bahagian bumbungnya.

Masyarakat tempatan percaya bahawa replika sotong kurita gergasi pada rumah yang dibina sekitar tahun 1980-an itu adalah simbol pemujaan syaitan.

Cat rumah yang sudah menggelupas dan ditumbuhi lumut menambahkan kesan seram pada sesiapa sahaja melihat kediaman agam itu.

Lebih menyakinkan bahawa bangunan tidak berpenghuni itu adalah tempat pemujaan syaitan, nombor rumah 666 juga seperti mengesahkan tentang perkara itu.

Menurut kepercayaan masyarakat tempatan, simbolik angka enam itu sendiri adalah merujuk kepada satanisme atau pemujaan syaitan.

Tiada jalan masuk ke Rumah Gurita

Seperti diceritakan seorang kenalan penulis yang tinggal di Bandung, ramai orang pernah mencuba untuk pergi ke rumah itu namun tiada sesiapa berjaya kerana tidak menemui akses ke kediaman itu walaupun ia boleh dilihat dari jauh.

Dari pandangan atas kata Indera Bachtiar, 33, jelas kelihatan kediaman mewah itu dikelilingi oleh rumah-rumah di sekelilingnya namun pelik tiada akses ke kawasan itu.

“Siapa yang pernah menetap di sekitar Hotel Grand Aquila Bandung yang terletak di Jalan Sukajadi memang akan nampak rumah itu tetapi tiada siapa pernah dapat menemui jalan sebenar menuju ke rumah tersebut.

“Malah ada memberitahu akses rumah itu perlu mengikuti Jalan Sukadamai namun apa yang saya dengar tiada siapa temui jalan ke rumah itu.

Cucuk jari serah darah untuk pemujaan

Indera memberitahu, rumah itu didakwa menjadi tempat pemujaan dan ritual tertentu malah lebih pelik lagi kediaman mewah itu tidak mempunyai pintu masuk.

Bagi mengelakkan aktiviti pemujaan terbongkar, pemiliknya dikatakan menggunakan salah sebuah rumah dibelakangnya sebagai pintu masuk yang menghubungkan terus ke kediaman misteri itu.

“Dakwanya jika ada yang ingin menyertai kumpulan pemujaan itu, mereka perlu menyucuk jari masing-masing dengan jarum bagi membolehkan darah mereka ‘dipersembahkan’ kepada syaitan yang dipuja.

“Namun sehingga kini, apa yang terjadi di dalam rumah itu hanya sekadar cakap-cakap tanpa bukti kukuh oleh masyarakat setempat dan ia kekal misteri sehingga ke hari ini,” katanya.

Malah kata Indera, ada seorang lelaki berjaya masuk ke rumah itu dan bertemu dengan seorang wanita dalam lingkungan 60 tahun yang mendakwa dia adalah penjaga kediaman mewah itu.

Bagaimanapun penjaga rumah itu menyangkal semua dakwaan orang ramai sebaliknya menegaskan sotong kurita itu hanyalah sekadar lambang kecintaan terhadap seni oleh pemiliknya.

“Pemiliknya dikatakan seorang hartawan namun tidak menetap di Bandung dan hanya akan pulang sekali-sekala sahaja apabila cuti.

“Penjaga rumah itu memberitahu tiada apa yang menyeramkan tentang Rumah Gurita dan reka bentuknya semata-mata kerana minat pemilik terhadap seni halus,” katanya.

Kisah pelik dan seram kediaman itu juga telah memberi idea kepada seorang pengarah, Jose Purnomo untuk menghasilkan filem berjudul Rumah Gurita lakonan Boy William dan Sandy Aulia pada 2014.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Enam maut, lapan cedera van terbabas turun dari Genting Highlands – Bomba

Kemalangan tersebut berlaku pada 1:15 tengah hari semasa van yang dinaiki 14 orang itu sedang dalam perjalanan turun dari Genting Highlands. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162266

[VIDEO] Ada perkara tak ikut peraturan dalam perolehan vaksin, kata PM

“sebahagiannya tidak mengikuti peraturan dan ditandatangani oleh menteri tanpa persetujuan Jabatan Peguam Negara”. BACA selanjutnya di https://pakdin.my/162255

[VIDEO] Gempa 7.4 SR gegar Turkiye dan Syria

Wilayah Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakır, Adana, Adıyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay dan Kilis terjejas teruk akibat gempa itu. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162244

[VIDEO] SPRM siasat ‘sedekah’ ketika PRU15, jejaki 90 pengundi

Kami sedang mengenal pasti 90 individu di Terengganu yang dikatakan menerima pemberian wang untuk mengundi sebuah parti politik pada PRU15 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162224/?amp=1

[VIDEO] Mahkamah Sepanyol tolak rayuan waris Sulu

Azalina berkata, keputusan mahkamah perlembagaan itu mengesahkan pembatalan Stampa sebagai penimbang tara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162214/?amp=1

[VIDEO] PATI bina penempatan haram lengkap sekolah di Nilai

Ketika serbuan dilakukan, terdapat cubaan daripada beberapa orang PATI meloloskan diri daripada ditahan pegawai Imigresen malah ada yang cuba bertindak agresif BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162197/?amp=1

Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang, kata Ahmad Zahid

Ketika diasak pemberita di Majlis Personaliti Quran di sini pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata: "Tunggulah, dalam sesi akan datang" BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162188/?amp=1

[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh

Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan semua murid serta guru dilaporkan selamat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162171/?amp=1

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129