GAYA HIDUPWhatsApp perkenalkan ciri pengesahan buka kunci menggunakan cap jari

WhatsApp perkenalkan ciri pengesahan buka kunci menggunakan cap jari

WhatsApp baru-baru ini mengumumkan aplikasi versi Android kini boleh dikunci dan dibuka melalui cap jari pengguna. Kemaskini terkini dengan keselamatan tambahan dikeluarkan dalam usaha untuk melindungi semua mesej dan data yang telah dikongsikan melalui aplikasinya.

Ciri ini serupa dengan yang terdapat pada aplikasi perbankan dan pada telefon pintar yang memiliki pengimbas cap jari. Setelah dikemas kini, pengguna boleh mengaktifkannya dengan mencarinya di bahagian Privasi pada tab Akaun. Setelah diaktifkan, pengguna boleh memilih kekerapan pengesahan diperlukan. Jika pilihan auto-lock dipilih, pengguna mempunyai pilihan untuk menetapkan WhatsApp untuk mengunci dengan segera, selepas satu minit, atau selepas 30 minit.

Kemas kini pengenalan cap jari untuk WhatsApp versi Android diperkenalkan sebaik sahaja selepas ciri keselamatan pemesejan Facebook diperkenalkan di aplikasi Apple iOS. iOS menerima kemas kini pada awal tahun ini dengan ciri keselamatan yang lebih canggih. Termasuk keupayaan untuk menggunakan ID Wajah sebagai pengesahan biometrik.

Pada saat ini, WhatsApp mengatakan bahawa ciri keselamatan telah mula dikeluarkan. Jadi, jika anda masih belum menerimanya pada peranti Android anda, jangan risau. Ianya akan di dikeluarkan tidak berapa lama lagi.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Takhta Negeri Sembilan kembali ke Pangkuan Adat, manakala ‘Pakar Perlembagaan’ menangis di sudut

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami