UtamaPOLITIKMaszlee Kantoi: Tiada peruntukan...

Maszlee Kantoi: Tiada peruntukan PSP dan baucar buku dalam Belanjawan 2020! - pakdin.my

1. Kegagalan YB Menteri Pendidikan Malaysia Dr Dr Maszlee Malik menjawab soalan lisan yang dibangkitkan oleh YB Ayer Hitam, Datuk Seri Ir Dr. Wee Ka Siong kelmarin mengenai status Program Sarapan Percuma (PSP) amat mengejutkan.

2. Semakan pada Buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2020 B/P. 63 Kementerian Pendidikan mendapati tiada peruntukan khusus dalam Belanjawan 2020 untuk PSP yang dianggarkan mencecah RM1.67 billion sebagaimana yang diumumkan YB Menteri sebelum ini. Sebaliknya program Kerajaan BN terdahulu iaitu Rancangan Makanan Tambahan (RMT) masih menerima peruntukkan berjumlah RM 295,120,000 dibawah Butiran 081200.

3. Demikian juga dengan status Program Baucar Buku RM250 seperti yang dijanjikan Dr Maszlee untuk diperkenalkan semula pada tahun 2020, di hadapan mahasiswa di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada 4 Mac 2019 lalu. Ternyata tiada langsung tercatat peruntukan untuk Program Baucar Buku RM250 dalam Belanjawan 2020.

Persoalan yang bermain di fikiran rakyat:

(i) Apakah benar Program Sarapan Percuma dan Program Baucar Buku ini akan bermula 1 Januari 2020 sebagaimana yang dijanjikan kepada rakyat sedangkan tiada peruntukan khusus yang disebut dalam Belanjawan 2020?

(ii) Apakah YB Menteri Pendidikan ada berbincang atau berwhatsapp dengan YB Menteri Kewangan mengenai program-program besar ini sedangkan langsung tidak disebut dalam ucapan mahupun dicatatkan dalam mana-mana bahagian dalam Belanjawan 2020?

(iii) Apakah peruntukan RM295 juta untuk RMT dalam Belanjawan 2020 memberikan isyarat dasar kerajaan BN terdahulu ini lebih berkesan untuk diteruskan berbanding idea PSP YB Menteri?

(iv) Apakah nasib PSP dan Baucar Buku ini akan menjadi seperti janji YB untuk menghapuskan tol Simpang Renggam dan bersedia untuk membayar kembali tuntutan bayaran balik tol oleh pengundi Simpang Renggam?

4. Justeru Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak penjelasan segera daripada pihak YB Menteri Pendidikan kerana ia melibatkan harapan rakyat. Cukuplah rakyat ditipu sekali lantaran kegagalan PH melaksanakan janji Manifesto PRU14.

Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Berkaitan

Baca Juga

Renjer maut, 9 cedera letupan berkembar di Sungai Padi, Narathiwat

Seorang renjer tentera terbunuh, manakala tujuh anggota polis dan dua orang awam cedera dalam letupan bom di sebuah kebun getah dalam daerah Sungai Padi,...

Kerajaan lambat, penternak tanggung akibat apabila sekatan ditarik, kata pembekal ayam

Ayam memerlukan perancangan 40 hari bukannya serta-merta. Ketiadaan jawapan daripada kerajaan menyebabkan penternak kerugian kerana tidak dapat merancang untuk memenuhi permintaan baharu dari...

[VIDEO] Murid Tahun Enam Guna Telefon Bimbit Sedang Dicas Maut Dipanah Petir

GUA MUANG: Polis mengesahkan kematian kanak-kanak 12 tahun yang maut ketika menggunakan telefon bimbit, di sini, semalam 15 Ogos 2022 adalah akibat renjatan elektrik...

[VIDEO] Wanita warga emas hilang dijumpai semula lepas 5 hari

BATU PAHAT – Wanita warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari daun kelapa sawit untuk dijadikan penyapu lidi pada 10 Ogos lalu ditemui...

[VIDEO] Bekas pengarah urusan BNS didakwa pecah amanah RM21.08 juta

Bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd  (BNS) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas...

Projek LCS: Bekas pegawai BNS akan didakwa dibawah CBT pada 16 Ogos

Seorang bekas pegawai tinggi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) akan didakwa atas tuduhan jenayah pecah amanah (CBT) berhubung skandal Littoral Combat Ship (LCS)...

[VIDEO] Atlet Muay Thai meninggal dunia selepas pukulan knockout petinju Malaysia

Seorang petinju dari Thailand yang juga peserta Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang di...

[VIDEO] Penduduk teruja lihat kapal layar mewah RM200 juta

KANGAR: Kehadiran sebuah kapal layar mewah jenis Adastra di muara Sungai Perlis, Kuala Perlis berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis, di sini semalam ternyata menggamit...

[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad

Tindakan individu didakwa wanita berperwatakan lelaki berpakaian ihram di hadapan kaabah boleh dianggap sebagai mempersendakan agama yang dikhuatiri menyebabkan dia terkeluar daripada landasan Islam. Mufti...

[VIDEO] Salman Rushdie parah, perlukan mesin ventilator

WASHINGTON – Pengarang Britain, Salman Rushdie terpaksa menggunakan mesin ventilator dan berisiko hilang satu mata selepas ditikam berulang kali dalam satu acara kesusasteraan di...

[VIDEO] Tekong darat pandu 30km lawan arus bawa enam PATI dicekup

GUA MUSANG: Tindakan nekad seorang tekong darat yang membawa enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar melarikan diri sejauh 30 kilometer (km) membawa...

Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik

BENTONG -- Seorang lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit...