BERITALapan AJK Cabang PKR Penampang Letak Jawatan

Lapan AJK Cabang PKR Penampang Letak Jawatan

Lapan anggota Jawatankuasa (AJK) cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Penampang meletak jawatan masing-masing berkuat kuasa serta-merta.

Mereka ialah Jerald Solibun, Giles Bernard Mojikon, David Michael Makanjang, Bandu Sidom, Alivat Tahak, Jipolin Jouti, Anthony Samuel dan Joseph Jilliam.

Ketika mengumumkan perkara itu kepada pemberita di sini hari ini, mereka berkata keputusan bersama itu dibuat kerana hilang kepercayaan kepada pimpinan cabang PKR Penampang.

Menurut mereka surat peletakan jawatan dalam parti itu akan dihantar ke ibu pejabat PKR di Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun, mereka tidak menyatakan sama ada mereka keluar daripada PKR atau sebaliknya, kerana mereka masih memikirkan pilihan terbaik untuk meneruskan karier politik mereka.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Tenggelam Perlahan: PKR Mulai Retak, Anwar Makin Kesepian

Manifesto 12 agenda Parti BERSAMA Malaysia

Anwar pula ambil alih Pandan sebagai kawasan angkat

[VIDEO] Nakhoda yang panik, Kapal yang retak

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami