Kerajaan dituntut tunai janji kepada media Malaysia - pakdin.my

KUALA LUMPUR – Persekutuan Wartawan Antarabangsa (IFJ) meminta kerajaan Malaysia untuk menunaikan janji mereka bagi menyokong kebebasan media di negara ini.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, IFJ menyatakan sokongan terhadap kenyataan Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Malaysia yang mahukan media di negara ini bebas untuk membuat laporan tanpa takut dan berat sebelah.

“Media Prima telah memberi jaminan untuk melaksanakan satu siasatan terperinci terhadap dakwaan pihak pengurusan kanan telah menyebabkan keuntungan syarikat terjejas dan perlu dibayar dengan kualiti kewartawanan,” katanya.

Tambah IFJ, bersandarkan Laporan Situasi 2018 mengenai Malaysia yang diterbitkan pada September 2018, wartawan-wartawan Malaysia berhadapan dengan cabaran besar untuk membina dan mengukuhkan kebebasan media di Malaysia “di mana akhbar dan media arus perdana dikawal oleh kroni-kroni regim pemerintah.”

“Sudah terlalu lama kita melihat syarikat-syarikat media di Malaysia tunduk kepada parti-parti politik dan kerajaan yang memegang tampuk pemerintahan

“Perkara ini perlu diubah dan perubahan terkini dalam pemilikan (syarikat media) disusuli pula dengan berita menyedihkan dengan pengumuman kehilangan pekerjaan besar-besaran di Media Prima.

“Kami mengulangi kata-kata wartawan Media Prima – jangan bunuh pembawa mesej, ini adalah masa untuk berubah sistem,” katanya.

Baru-baru ini, konglomerat media, Media Prima Bhd. mengumumkan akan membuang kira-kira 1,000 pekerja menjelang suku pertama tahun depan.

UTAMABERITAKerajaan dituntut tunai janji kepada media Malaysia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium