BERITAEKONOMIWang Tidak Dituntut masih berbaki RM6.9 bilion - Siapa punya?

Wang Tidak Dituntut masih berbaki RM6.9 bilion – Siapa punya?

Jumlah Wang Tidak Dituntut (WTD) sehingga 31 Oktober lepas adalah sebanyak RM10.862 bilion, dan RM2.085 bilion daripada jumlah itu telah dibuat bayaran semula.

Baki WTD sebanyak RM6.932 bilion masih berada dalam simpanan Jabatan Akauntan Negara.

Jabatan Akauntan Negara kini dalam peringkat membangunkan perisian sistem dalam talian yang dijangka diperkenalkan pada akhir tahun ini atau awal tahun depan untuk memudahkan semakan dibuat.

Sistem ini untuk memudahkan rakyat Malaysia mengakses dan menyemak WTD mereka dengan cepat, cekap dan tepat.

Dengan adanya sistem dalam talian itu akan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat untuk menyemak baki wang mereka.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Analisis Impak Inflasi Makanan terhadap B40 (Mei 2026)

YTL Communications Lancar Tawaran Prabayar 5G Advanced Melalui Yes

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami