Kalau dulu dia pernah menulis ayat Kursyi sebagai ayat Kerusi.. Kali ini dia menambah gelaran arwah kepada yang masih hidup 😂
Pekan Nanas, 9 Nov : Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Syed Saddiq semalam tersasul apabil menyebut calon Pakatan Harapan bagi pilihanraya kecil Tanjung Piai, Karmaine Sardini sebagai ‘arwah’.
“Di sini saya nak ceritakan pengalaman saya dengan Tuan Haji Karmaine, calon Pakatan Harapan.
Bila saya dengar sahaja dia akan dicalonkan, saya amat gembira sekali sebab saya kenal dia bukan sahaja sebagai salah seorang pemimpin Bersatu yang paling awal sekali menyertai Bersatu untuk menentang ketidak adilan, tetapi keluarga saya amat rapat dengan dia. Ayah saya ada di sini.
Arwah Haji Karmaine, dia merupakan imam masjid saya dahulu. Dia imam di sana, boleh tanya keluarga saya, orang Taman Perling memang mengenali beliau. “ – Syed Saddiq
Beliau berkata demikian pada satu Program Ceramah Harapan sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P.165 Tanjung Piai di Kampung Sawah, Pekan Nenas, Johor malam tadi.