Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaPOLITIKPak Kadok PAN dan...

Pak Kadok PAN dan Dasar Tender Terbuka Pak Pandir, Menyorok belakang peladang selepas bengapnya dilondehkan - pakdin.my

Sampai kepada saya bahawa Menteri terbabit dan juak-juaknya terlalu lembab untuk menyesuaikan diri dengan sistem kerajaan, tetapi nafsu politik dan ego mereka membuak-buak.

Demi mengembangkan pengaruh politik yang semput, Akta dipinda untuk membolehkan majoriti Ahli Jemaah Pengarah (AJP) dilantik oleh menteri, berbanding pemilihan dalam mesyuarat agong. Proses dimulakan dengan membunuh demokrasi di PPK dan PPN hinggalah ke Nafas. Menggunakan kuasa menteri itulah mereka merodak, merobek dan mencengkam Pertubuhan Peladang Kebangsaan, Negeri dan Kawasan melalui dasar baru pelantikan AJP.

Daripada sembilan orang AJP Pertubuhan Peladang Negeri, lima orang dilantik oleh Menteri. Ia lebih ramai daripada yang dipilih melalui mesyuarat agong peladang (4 orang).

Demikian juga AJP di Nafas, enam orang daripada 11 AJP dilantik oleh Menteri, selebihnya melalui pentandingan dalam mesyuarat agong. AJP selain lantikan menteri itu bukan mewakili BN atau parti politik lain, tetapi mereka dipilih oleh ahli peladang dalam Mesyuarat Agong. Jangan ubah fakta ini.

Kalau dipilih secara demokrasi dalam mesyuarat agong semuanya, tiada sesiapapun daripada PAN dapat menduduki kerusi AJP Nafas. Mereka tiada akar umbi dari kalangan peladang dan petani, mereka menetas dan ada kuasa politik dari bantuan DAP dan PKR saja.

Saya bersetuju bahawa lantikan menteri di AJP Nafas tidak salah, melainkan mereka dilantik untuk membuat salah atau berpakat untuk membina kepentingan politik dengan mengkudakan PPK, PPN dan Nafas.

Umpamanya mengarahkan pengurusan Nafas atau pihak berkepentingan dengan Nafas menempah dan membayar bil hotel untuk kegunaan pemimpin dan ahli Parti Amanah Negara (PAN) sewaktu berkempen dalam pilihanraya kecil Tg Piai. Isu bayaran bilik hotel ini didedahkan oleh Dato’ Seri Dr Wee Kah Siong dalam Parlimen semalam.

Maklumlah mereka kini memiliki suara majoriti. Perlu diingat, PPK, PPN dan Nafas bukan GLC milik kerajaan, ia milik 920 ribu orang peladang, petani dan pesawah melalui pegangan saham mereka.

Bagaimana ia bermula?

Sejak November 2018, apabila Kementerian Kewangan memotong hampir separuh peruntukan Kementerian Pertanian, khususnya berkaitan baja subsidi, pengurusan kilang baja Nafas di Gurun menggelupur.

Mereka mendesak Menteri Pertanian dan Ahli-ahli Parlimen memperjuangkan peruntukan yang mencukupi memandangkan kilang baja Nafas akan mengalami masalah besar jika bajet dan produksi dikurangkan. Sebahagian production plant terpaksa ditutup. Pekerja terpaksa berhenti.

Dasar bunuh diri.

Dasar populis tender terbuka membuatkan Nafas menggelupur lagi kerana mereka tahu persaingan di pasaran bebas akan dimanipulasi oleh taikun-taikun kapitalis yang tidak ada tanggungjawab lain, selain mencipta untung untuk faedah seorang dua pemilik syarikat.

Kali ini mungkin keseluruhan operasi kilang dan rantaiannya terpaksa dihentikan dan pemegang saham akan menerima kerugian. Mereka adalah ahli-ahli peladang seluruh negara.

Baja import boleh masuk ke pasaran pada bila-bila masa. Isu kualiti baja Nafas dituduh terlalu rendah dan diselewengkan, dimainkan semahunya, tetapi tiada tangkapan atau pendakwaan di mahkamah dilakukan. Nafas akhirnya digantung dengan kuasa menteri untuk melakukan rombakan – atau sebetulnya rompakan?

Akta dipinda dan pelantikan kuota menteri di semua peringkat AJP PPK, PPN Dan Nafas dilaksanakan.

Selepas pelantikan kuota yang kontroversi itu dilaksanakan, bantahan pemegang saham yang telah menjadi minoriti dalam AJP muncul disemua peringkat, tetapi diabaikan.

Suara ahli peladang asli dalam AJP PPK, PPN dan Nafas dibisukan, kini hanya ada suara dan kuasa peladang tiruan daripada PAN dan aktivis politik PH yang membentuk majoriti.

Tiba-tiba semua masalah yang didakwa berlaku sehingga Nafas digantung itu selesai dengan sendirinya. Demokrasi diubah menjadi kuku besi. Pemegang saham hilang kuasa. Lengkaplah usaha mempolitikkan PPK, PPN dan Nafas.

Kementerian Pertanian memanggil tender terbuka untuk kerja-kerja berkaitan membekal baja, benih dan input pertanian lain untuk pakej pertama.

Ini dasar pupular Pakatan Harapan. Ia dilaungkan sebelum PRU14 lagi untuk memancing sokongan rakyat. Ia kehendak DAP, PKR, PAN dan PPBM. Kementerian hanya pelaksana dasar.

Dalam pakej pertama, pembida menawarkan harga terendah RM52 juta++. Nafas tiada pilihan terpaksa masuk tender dengan harga RM60 juta++. Kata Nafas itulah harga mereka sejak dulu mengambilkira struktur dan tanggungjawab penubuhannya.

Nafas nampaknya akan terlepas projek itu kerana Jawatankuasa Perolehan Kementerian dalam sistem kerajaan sudah ada keputusan berdasarkan tender terbuka.

AJP pekak yang dilantik dari kalangan pimpinan dan aktivis politik PH tanpa roh peladang terpinga-pinga. Ayam sabung nampaknya menang tapi hadiah dapat kepada orang lain.

Mereka berjumpa dan mengadu kepada Perdana Menteri. Perdana Menteri terpaksa bersetuju membantu Nafas kerana sejak 22 tahun lalu, itulah dasar kerajaan untuk membantu peladang, petani dan pesawah. Seni politik pun mengambil tempat untuk menyelamat Nafas.

Menteri yang berlagak itu rupanya telah menembak kakinya sendiri, hasil hasutan big brother mereka dalam PH. Dalam kegawatan itu, dia menulis surat memohon projek rundingan terus kepada Nafas selama 3 tahun bernilai RM1.4 bilion, yang didedahkan oleh MCA di Parlimen.

Adakah MCA rasis kerana projek itu pergi kepada Nafas? TIDAK! Ia didedah kerana prosesnya pincang, kong kali kong dan dibesarkan dengan isu sewa 38 bilik hotel di PRK Tg Piai.

Pemenang tender yang dinafikan haknya punya hak untuk bersuara melalui pelbagai cara. Salah satunya melalui pendedahan di Parlimen. Pilihannya tentulah MCA/BN/PAS yang baru menang besar di Tg Piai.

Bayaran tempahan hotel di PRK Tg Piai atas nama Nafas yang dihuni oleh pemimpin PAN itu dapat dicium oleh MCA tentulah ada sebab dan caranya.

Mungkin bukan setakat bilik hotel sahaja, mungkin ada lagi umpan yang dikunyah orang mabuk kuasa. Bila kail disentak, satu dunia nampak mereka bertelanjang, kulup mereka telah disunatkan.

Tiba-tiba PAN bersurah panjang tentang melayu, Islam, peladang dan pesawah bila berdepan dengan kepincangan yang dibangkitkan oleh MCA dan beberapa Ahli Parlimen.

Mereka membangkitkan rasism sebagai asas pendedahan MCA. Andainya ia didedahkan oleh UMNO atau PAS, mungkin mereka akan berebut membeli songkok, lebai dan ketayap pula.

MCA tidak persoalkan Nafas, dia persoalkan kenapa sejak awal kerajaan PH melaungkan dan melaksanakan tender terbuka, bila sudah selesai, ia dibatalkan. Kenapa rundingan terus tidak dibuat sejak awal lagi. Ia amalan sejak zaman BN yang tidak dibantah oleh MCA.

Menteri dan PH tidak perlu berlagak suci dengan melaksanakan dasar tender terbuka sejak awal lagi. Mereka perlu sedar diri.

Ada dasar kerajaan terdahulu yang baik untuk diteruskan, tertamanya tentang peladang dan petani dalam Nafas. Buat apa bersorak kalau kampung boleh tergadai?

Surat kepada PM yang diakuinya itupun telah terlewat, selepas tender selesai, ditambah pula dengan egonya yang tersembam di Tg Piai.

Hari ini, mereka cuba menjulang dia sebagai hero peladang dan petani pula, selepas bengapnya dilondehkan. Layakkah?

Untuk menutup biru mukanya, semalam dia menyatakan proses itu belum selesai, belum muktamad pula.

Bola digolekkan ke kaki MOF yang dipegang DAP. Saya rasa, DAP lah yang akan muncul sebagai hero peladang dan petani, melayu dan Islam dengan mengekalkan kehendak PM agar projek itu diberi kepada Nafas. Siapa hero siapa pula Pak Pandir?

Tiada siapapun yang mempersoalkan Nafas, peladang dan petani dalam isu baja dan input pertanian bernilai RM1.4 bilion itu.

Semua orang bersetuju Nafas diberikan projek berkaitan, kerana itulah tujuan mereka ada di situ. Yang membantah dalam perut kita tidak tahu! Politik itu berseni.

Persoalan pokoknya ialah PAN sebetulnya bodoh, tapi angkuh, mabuk kuasa, akhirnya terperangkap dengan gaya kuku besi mereka sendiri. Untuk selamatkan diri, mereka lari berlindung di belakang peladang, petani dan pesawah dan melaungkan rasism pula. Pak Kadok memang tak dapat dibantu, tetapi Nafas harus dipertahankan jangan sampai terhenti.

Muhammad Sanusi Md Nor
ADUN Jeneri
Sik Kedah.

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Muhyiddin didakwa enam tuduhan guna kedudukan untuk suapan, terima wang haram

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162644

[VIDEO] Banjir: Tiga pegawai JKM terperangkap ketika hantar bantuan

“Hanya tuhan saja tahu perasaan kami ketika itu, Alhamdulillah bot itu menuju ke arah kami dan difahamkan mereka menerima maklumat dan segera ke lokasi bagi menyelamatkan kami,” https://pakdin.my/162633 ...................

Johari Sah Tanding Jawatan Naib Presiden

Pengesahan itu menjadikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu pemimpin keempat yang menyerahkan borang pencalonan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162621

Empat suspek ditahan atas pembunuhan 4 lelaki di selatan Thailand

Tiga mayat dengan kesan tembakan dalam sebuah kereta sedan yang ditenggelami air di Tasik Juerae. Kemudian satu lagi mayat yang turut ditembak mati ditemui di Sungai Kolok BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162611

[VIDEO] Laporan SPRM mengenai Hakim Nazlan diserahkan kepada Ketua Hakim Negara – Azalina

SPRM telah hantar laporan terhadap Nazlan Ketua Hakim Negara berhubungan pelanggaran peraturan di bawah Kod Etika Hakim 2009. Ini bermaksud memang ada pelanggaran dilakukan Nazlan berhubung kes SRC. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162601/?amp=1

[VIDEO] Jana Wibawa: Pengarah syarikat dari Pagoh didakwa minta, terima rasuah RM12.87 juta

Kesalahan itu dituduh dilakukan di syarikat miliknya di Kawasan Perindustrian Pagoh, Muar antara 20 Ogos 2021 sehingga 15 November 2022. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162588/?amp=1

Jana Wibawa: Ketua Penerangan PPBM antara dua individu didakwa di mahkamah

SPRM ketika ini sedang menyiasat dakwaan beberapa kontraktor terpilih didakwa mendepositkan wang tunai RM300 juta ke dalam akaun parti Bersatu sebelum dinafikan Ahli Parlimen Pagoh BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162557

Pegawai polis maut, empat lagi cedera dalam serangan bom di Bannang Sata, Yala

Sebutir bom dipercayai ditanam di tepi jalan diletupkan menggunakan walkie-talkie apabila pikap yang dinaiki mereka tiba di lokasi kejadian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162547

[VIDEO] Perikatan Nasional sombong tak dengar nasihat Agong

Pertikaian Nasional ni lupa yang BN asalnya memang taknak gabung dan mahu jadi pembangkang saja tapi hormat pada saranan YDP Agong agar kerajaan dapat dibentuk. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162514

[VIDEO] Ahmad Zahid beri penghormatan terakhir kepada ibu angkat

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk meluangkan masa selama kira-kira 20 minit bagi menziarah dan memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di kediamannya Taman Desa Bersatu, Hutan Melintang di sini. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162501

[VIDEO] Kerusi Batang Kali diisytihar kosong – Speaker DUN Selangor

“Maka, pada menjalankan kuasa saya sebagai Speaker DUN Selangor di bawah Perkara LXIX Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, saya dengan ini mengisytiharkan bahawa kerusi YB Harumaini adalah kosong berkuatkuasa dari 28 Jan 2023. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162490

[VIDEO] SPRM akan panggil Muhyiddin kes sumbangan dana politik

PRM dalam kenyataan sebelum ini berkata, fokus siasatan terarah RM92.5 bilion membabitkan dana kerajaan daripada nilai dakwaan penyelewengan wang perbelanjaan negara yang dianggar hampir RM600 bilion. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162480