BERITAPOLITIKUsul Pindaan Perlembagaan UMNO Lulus Sebulat Suara

Usul Pindaan Perlembagaan UMNO Lulus Sebulat Suara

Usul khas Pindaan Perlembagaan UMNO yang dibuat hari ini dalam Perhimpunan Agung UMNO 2019 telah diluluskan sebulat suara oleh para perwakilan dalam persidangan ini.

Usul Pindaan Perlembagaan UMNO ini telah dicadangkan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dengan disokong oleh Noran Zamini Jamaluddin perwakilan dari Bahagian Pokok Sena, Kedah.

Beberapa pindaan frasa rujukan secara menyeluruh seperti berikut:

I. Majlis Tertinggi (MT) ditukar Kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT)

II. Badan Perhubungan UMNO Sabah dikenali juga sebagai UMNO Sabah

III. Pergerakan Wanita UMNO ditukar kepada Wanita UMNO (Fasal 21)

IV. Ketua Pergerakan Wanita UMNO akan dikenali sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia (Fasal 9.2.2)

V. Ketua Pergerakan Pemuda akan dikenali sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (Fasal 9.2.3)

VI. Ketua Pergerakan Puteri akan dikenali sebagai Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia (Fasal 9.2.3)

 

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Melaka Maju, Sejahtera dan Berdaya Saing di Bawah Kepimpinan Ab Rauf Yusoh

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami