Jho Low: Tawaran Ganjaran daripada Apek Cina!! - pakdin.my

Apek kerap nampak banyak yang buat posting DS Najib pernah berkata beliau tak kenal Jho Low.

Apek research satu komputer hampir letup pun x dapat cari bila DS Najib pernah cakap tak kenal Jho Low.

Untuk menunjukkan sokongan tegar kepada penyokong kerajaan PH yang Apek selalu memuji, dan juga Kerajaan PH yang disayangi dan dicintai ramai :

Apek menawarkan ganjaran RM 1880 + 6% SST ( RM 2000 ) kepada orang pertama yang dapat menawarkan rakaman video ataupun laporan berita ( betul-betul sahih) bahawa DS Najib pernah cakap x kenal Jho Low.

Kita kena sokong brudder Kita yang ambil upah parti kerajaan PH untuk mensahihkan tuduhan mereka, jangan bagi mereka malu sangat ya, nanti seluruh Malaysia ingat brudder penyokong PH kita buat fake news pulak.

Sumber: Ulasan Apek Cina

…………….

Kenyataan dari Facebook Najib Razak:

Untuk kali ke-19 (exaggerate sikit), saya nak tanya penyokong PH di mana saya pernah kata saya tak kenal Jho Low?

Sila keluarkan sumber berita sahih atau video.

Ini adalah pembohongan PH sekian lama kerana saya tak pernah kata demikian.

Ini seperti propaganda bahawa saya pernah kata “apa lagi Cina mahu” (itu tajuk berita Utusan – bukan saya yang cakap).

Atau propaganda bahawa saya pernah suruh Rakyat makan kangkung.

Itu adalah video edit propaganda PH. Apa yang saya cakap ialah harga sayur ada naik ada turun. Misalnya harga kangkung dan sawi turun…

Padahal dari tahun 2015 pun, saya jawab di Dewan Rakyat bahawa Jho Low pernah hadir dalam satu mesyuarat lembaga pengarah 1MDB setelah pengurusan dan lembaga pengarah meminta wakil ahli keluarga Raja Arab Saudi hadir.

Masa itu, Jho Low kata keluarga diraja Arab Saudi tak dapat hadir dan dia membeitahu lembaga pengarah bahawa dia disuruh untuk mewakili mereka.

21 Dis 2015: ‘Low wakili keluarga diraja Arab Saudi hadir mesyuarat 1MDB’
https://www.malaysiakini.com/news/324140

Perkara ini juga telah didedahkan dalam perbicaraan Mahkamah baru-baru ini.

Turut didedahkan ialah syarikat Terengganu Investment Authority (kemudiannya dinamakan semula menjadi 1MDB) ditubuhkan oleh Sultan Terengganu bersama Jho Low pada tahun 2007 sebelum saya menjadi PM. Bukan saya yang bawa Jho Low masuk.

Saya sudah jawab tentang Jho Low dari tahun 2015 dahulu dan sudah terbukti juga di mahkamah bahawa Jho Low sudah terlibat di TIA dan 1MDB sejak permulaan syarikat itu.

Kenapa masih nak fitnah saya pernah kata saya tak kenal Jho Low?

Satu lagi propaganda ialah artikel Astro Awani bulan Mac 2015 yang melaporkan bahawa saya memberi jawapan bertulis di Dewan Rakyat ini:

“Encik Low Thaek Jho tidak pernah bekerja di 1MDB dan semua keputusan dan urus niaga 1MDB dibuat oleh pengurusan dan lembaga pengarah 1MDB,”
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/jho-low-tiada-kaitan-dengan-1mdb-kata-najib-55767

Tetapi tajuk berita yang digunakan oleh Astro Awani ialah “Jho Low tiada kaitan dengan 1MDB, kata Najib” pulak.

Tajuk berita amat berbeza dengan apa yang dijawab dalam dewan.

Saya tak pernah kata Jho Low tiada kaitan dengan 1MDB kerana Jho Low dilantikkan secara rasmi oleh Sultan Terengganu sebagai penasihat rasmi TIA.

Namun perlantikan ini telah digugurkan selepas kerajaan pusat mengambil alih TIA dan dinamakan semula sebagai 1MDB.

Sebab itu, setiap keputusan dan urus niaga dibuat oleh pengurusan dan lembaga pengarah 1MDB.

Selepas digugurkan, Jho Low mewakili rakan usaha sama 1MDB iaitu keluarga-keluarga diraja negara-negara teluk.

Perkara ini juga telah diumumkan dalam perbicaraan Mahkamah.

(Sebab itu, saya telah berkali-kali minta perbicaraan disiarkan secara langsung supaya ianya adil dan tak dilapor secara selektif oleh media dikawal PH. Tapi PH tak mahu.)

Semua wang yang didakwa hilang dari 1MDB ialah selepas ianya dibayar kepada atau dijamin oleh rakan-rakan usaha sama 1MDB yang juga merupakan ahli-ahli kerabat diraja negara teluk yang dekat dengan Jho Low.

Sebab itu, kita membuat perjanjian penyelesaian dengan IPIC pada tahun 2017 untuk mereka membayar balik sebelum 30 Dis 2020.

Saya telah banyak kali cabar kerajaan PH untuk dedahkan perjanjian tersebut.

Tetapi Guan Eng tak mahu.
“Tak boleh dedah perjanjian penyelesaian 1MDB-Ipic, kata Guan Eng”
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/11/03/tak-boleh-dedah-perjanjian-penyelesaian-1mdb-ipic-kata-guan-eng/

UTAMANAJIB RAZAKJho Low: Tawaran Ganjaran daripada Apek Cina!!

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium