Apakah hidup mati parti ini bergantung kepada Jkuasa Disiplin ke atas H20? - pakdin.my

Walaupun tidak jumpa DS Ahmad Zahid saya faham kenapa beliau minta Jkuasa Disiplin UMNO tidak teruskan pendengaran.

Beliau telah dengar penjelasan DS Hishamuddin dan saya percaya beliau berpuas hati. Beliau ada rangkaian maklumat yang lebih baik dari kita di bawah yang hanya dengar cakap orang politik berkepentingan.

Saya juga faham mengapa Zahid kata tidak perlu teruskan? Yang mengadu Lokman dan yang akan menjadi pemutus ialah Tan Sri Apandi.

Saya tidak perlu tulis lanjut mengenai isu ini. Biar yang faham politik sahaja faham.

Sebenarnya yang kecoh-kecoh maki hamun mengapa? Apa akhirnya? Hendak pecat H20 dan Ahli Parlimen yang jumpa Azmin Ali?

Jika demikian tidak perlu JKuasa Disiplin pun.

MT UMNO boleh sahaja pecat mana-mana ahli tanpa melalui jawatankuasa disiplin seperti yang dibuat ke atas Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir dan Anwar Ibrahim.

Jadi bawa sahaja ke MT UMNO.

Yang kamu maki hamun ini Hishamuddin yang telah berpuluh tahun dalam kepimpinan UMNO sejak menjadi Setiausaha Parlimen lagi.

Dulu sebelum pilihan raya pun macam tu juga pecat Muhyiddin dan Mukhriz atas alasan lawan Presiden, gantung Shafie Apdal.

Dulu kita nasihat jangan maki Tun Mahathir, jangan guna media arus perdana hentam Mahahir. Cukup sekadar guna media sosial. Ada seorang penasihat
dengan bongkak kata beliau akan jatuhkan Mahathir. Selepas itu apa jadi?

Kita merendah-rendahkan pengaruh pemimpin yang telah lama dalam parti. Akhirnya kita jadi apa?

Zahid walau tampak lemah beliau mahu menyatukan parti ini.

Jika beliau berpendapat parti lebih kukuh tanpa pendengaran kes H20 ini, mengapa ada orang lain berperang macam orang gila.

Apakah hidup mati parti ini bergantung kepada Jkuasa Disiplin ke atas H20?

Realistiklah sikit dalam hidup ini.

Oleh Ab Jalil Backer

UTAMAPOLITIKApakah hidup mati parti ini bergantung kepada Jkuasa Disiplin ke atas H20?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium