[Video] Berapa banyak kedai tomyam dapat diselamatkan? - pakdin.my

Dia terdiam. Di riak wajahnya ada tanda-tanda muram dan sedih yang teramat dalam apabila LGE menyatakan beban kerajaan semakin meningkat kerana bayaran elaun BIPK kepada penjawat awam.

Dia memejamkan mata, suasana hening dan hiba, lama ..lebih dari 50 minit tak seorang pun berani membuka mulut.

Masing masing terpaku melihat Tun M terus memejamkan mata tanpa berkata apa-apa. Hanya terlihat bibirnya yang bergerak-gerak mengomel seorang diri dalam bahasa yang sukar difahami.

Selepas hampir 57 minit suasana terhenti dan hening, dia membuka mata dan dilubang hidungnya yang sudah tua dan uzur itu jelas terlihat ada linangan hingus, kami tidak berani menatap hidungnya yang besar. Kami mengalih pandang kearah lain kerana tak sanggup melihat hingus hiba meleleh keluar dari hidungnya.

Berapa lagi kita ada? Tanyanya dalam dialeg Kerala sambil menggoyangkan kepalanya, LGE tak berani menjawab..

Tun bertanya lagi… kalau potong ni, berapa banyak kedai tomyam dapat diselamatkan? Sekali lagi suaranya sebak dan pertuturan bahasa Kedah semakin ke laut.

LGE, banyak Tun untuk kedai tomyam beroperasi hingga hujung tahun depan.

Untuk pekerja kedai tomyam di Kelantan dan Terengganu, dah kira berapa untung kalu (kalau) kita mansuh BIPK ni?

LGE, dalam proses mengira Tun.

Awat lambat sangat, pi kira cepat-cepat berapa kedai tomyam untung dan berapa buah kedai tomyam dapat diselamatkan.

Errr…pasal harga bawang naik berkali ganda Tun?

Takpa tu nanti saya suruh Pudin buat kenyataan beli bawang Holland.

Kemudian semua bangun, aku sempat menoleh kebelakang sebelum berlalu pergi, aku melihat Tun M mencarik tisu diatas meja dan menghembus hingus dari hidungnya. Mungkinkah Tun M menangis lagi??

Inilah manusia yang kalian hina dan caci dia, tapi kalian tak tahu, sebelah tangan nya sarat hutang negara yang dibuat oleh durjana PM ke-4, sebelah tangannya lagi masih kosong dan tak ada apa lagi untuk diberikan kepada penjawat awam.

Dia selalu melakukan kesilapan, beri dia ruang dan peluang, jangan terlalu mendesak, dia tak pernah ambil cuti rehat sejak jadi PM, hanya makan angin ke luar negara saja yang kerap, bekerja 28 jam sehari hanya kerana satu sebab, untuk pastikan anak-anak dan kroninya terjamin.

Ya Allah, berikanlah kesihatan dan umur yang semakin panjang kepada Tun M.

Oleh Shook Hero Malaya

UTAMAPOLITIK Berapa banyak kedai tomyam dapat diselamatkan?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium