Tiga anggota polis dakwa cedera dipukul pegawai SPRM - pakdin.my

Tiga anggota polis mendakwa cedera dipukul pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Selangor di Shah Alam baru-baru ini.

Ketiga-tiga anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh berumur 24, 25 dan 26 tahun itu telah hadir di pejabat SPRM bagi membantu siasatan kes dikendalikan suruhanjaya itu

Bagaimanapun, mereka mendakwa telah ditumbuk, ditampar serta ditendang ketika proses mengambil keterangan oleh pegawai SPRM dalam sebuah bilik pada 24 dan 26 Dis lepas.

Laporan polis kemudiannya dibuat oleh ketiga-tiga anggota pada 27 Dis, berkenaan pegawai SPRM melakukan kekerasan ketika menjalankan proses merakam percakapan.

Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin ketika dihubungi mengesahkan yang tiga anggota itu membuat laporan berkenaan.

Bernama bagaimanapun tidak berjaya mendapat maklum balas daripada SPRM Selangor berhubung kes itu. — BERNAMA

UTAMABERITATiga anggota polis dakwa cedera dipukul pegawai SPRM

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium