Maszlee letak jawatan? - pakdin.my

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik pada masa ini sedang mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya.

Sumber dalam kerajan mengesahkan pertemuan itu diadakan di Pejabat Perdana Menteri, tetapi tidak menyatakan dengan lebih lanjut.

“Saya boleh sahkan pertemuan itu tetapi tak boleh dedah butirannya,” katanya kepada Malaysiakini.

Pertemuan itu di tengah-tengah spekulasi yang mengatakan Maszlee akan mengumumkan peletakan jawatannya petang ini, atau digugurkan daripada kabinet.

Kami telah menghubungi setiausaha akhbarnya, Zul Fikri Zamir dan pegawainya Mahmood Kassim untuk ulasan lanjut.

Zul Fikri belum memberikan maklum balas, bagaimanapun Mahmood meminta Malaysiakini untuk hadir ke sidang media Maszlee yang dijadual diadakan pada pukul 4.30 petang di Kementerian Pendidikan di Putrajaya.

Kedudukan Maszlee dikatakan trancam susulan kritikan yang diterimanya sebagai menteri pendidikan.

Terdahulu FMT melaporkan rombakan kabinet akan diadakan dan mungkin melibatkan beberapa timbalan menteri.

UTAMAPOLITIKMaszlee letak jawatan?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium